[Vide0] B0san duduk rum4h, pemuda buat konsert ‘panggil’ kaktus viral jadi penonton

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang entah bila akan selesai ini membuatkan ramai pihak mulai bosan memandangkan perlu duduk sahaja dirumah.

pelbagai aktiviti ‘merepek’ mulai dilakukan untuk menghiburkan hati sendiri serta ahli keluarga yang lain.

Buat konsert dekat tangga rumah
Salah satunya adalah perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @fayadgojez apabila memuat naik video parodi menyanyi dengan dancing cactus bagi menghilangkan bosan.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai terhibur kerana dia menirugaya seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza di konsert.

Deretan dancing cactus juga diletakkan berjajar di tangga sebelum dia bergaya ala-ala sedang berada diatas pentas dengan menyanyikan lagu TokTi. Siap pakai selendang lagi!

Jual kaktus viral cari duit lebih
Walau bagaimanapun, ada yang tidak senang dengan hiburan yang dibuat oleh @fayaqgojez di TikTok dengan mengatakan apa yang dibuat adalah membazir.

Namun, pengguna TikTok itu menerangkan bahawa dia memang menjual dancing cactus berkenaan untuk menambah duit belanja hariannya.

Sekali kaktus cakap serentak! Takut!
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa terhibur dengan video yang dimuat naik @fayadgojez.

Mereka juga mengakui seronok menonton ‘konsert’ dan sedikit seram apabila dancing cactus itu bercakap serentas secara tiba-tiba.

Sila saman penonton ni

Penonton tak ikut SOP

Penatlah gelak!

Ramai betul peminat kau dik

Sumber: TikTok @fayadgojez,ohmymedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!