MITI B3n4r Lebih B4ny4k Sekt0r Beroper4si Semasa PKPD di Selangor Mulai Hari Ini

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam memutuskan lebih banyak sektor kini dibenarkan beroperasi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor bermula hari ini.

Menurut Astro AWANI, keputusan tersebut juga telah dipersetujui dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibincangkan bersama antara MITI, Menteri Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Sektor yang dibenarkan beroperasi adalah seperti berikut:

Elektrik dan elektronik serta rantaiannya
Aeroangkasa (penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan)
Mesin dan peralatan yang khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan
Syarikat pembuatan makanan dan minuman utama
Langkah tersebut diambil atas alasan sektor-sektor ini dilihat sebagai penting dalam rantaian bekalan antarabangsa dan tempatan.

MITI ingin memaklumkan keputusan ini dibuat berikutan peranan sektor-sektor ini yang penting dan signifikan dalam menyokong pengeluaran produk-produk di dalam rantaian bekalan global serta pengeluaran kritikal bagi sektor kesihatan dan makanan dan minuman di dalam negara,” katanya.

Menurutnya lagi, syarikat-syarikat dalam sektor terbabit boleh memulakan semula operasi dengan menggunakan surat kelulusan COVID 19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 sedia ada yang mempunyai akronim ‘PKP 3.0’ serta bertarikh Jun 2021 ke atas.

Senarai produk makanan dan minuman utama terbabit telah disenaraikan dalam SOP Pengilangan dan Pembuatan PKPD Selangor di laman web MITI.

Sumber: Sinar Harian,lobakmerah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!