[VIDE0] Peng4ntin Bu4t ‘Kejutan’, Lafaz Talak Pada Isteri Lepas Selesai Akad Nikah,,“Mula2 gentleman” –

Semestinya bagi sesebuah pasangan pengantin itu, akan mengingati hari mereka diijab kabulkan. Mana tidaknya, kerana hari tersebut adalah lebih bersejarah untuk mereka dan bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Macam kisah kali ini lain pula, apabila tindakan seorang lelaki ini ketika di majlis akad nikahnya boleh mengundang kemarahan ramai.

Lafaz talak lepas selesai akad nikah

Baru-baru ini viral di media sosial apabila tindakan seorang lelaki ini menyebabkan dia dan pihak keluarga ‘isterinya’ bergaduh besar.

Pada mulanya lelaki tersebut tak menunjukkan sebarang tindak-tanduk mencurigakan, malah dia bersikap gentleman menolong isterinya untuk duduk dan membetulkan kain dipakai wanita itu.

Sesudah saja mereka berdua duduk, jurunikah terus memulakan bacaan untuk meneruskan majlis. Di dalam video yang tular, tak diperlihatkan lelaki tersebut menyebut lafaz akad sepatutnya namun dia dilihat perlu menandatangani sebuah surat menurut suarajogja.id.

Walau bagaimanapun dengan tiba-tiba, lelaki tersebut terus mengambil mikrofon dan terus berdiri. Lalu dia terus melafazkan talak kepada isterinya di hadapan keluarga wanita tersebut dan tetamu yang lain.

Oleh kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu, didakwa bapa kepada wanita tersebut terus bangun dan cuba untuk menyerang lelaki berkenaan. Kemudian dia turut diserang oleh ahli keluarga perempuan yang lain, manakala wanita tersebut hanya mampu menangis dan ditenangkan oleh orang ramai.

Kalau nak tengok video, klik di sini.

Namun, punca kejadian yang berlaku di Kota Bima, Indonesia itu masih tak dapat dipastikan. Sehingga kini video dimuat naik di Instagram pakde.brengos itu meraih hampir 30k views.

Kenapa lah dia boleh fikir nak buat macam tu?

SUMBER:Lobakmerah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!