Kebun h4ram Musang King: Bukan juta ringgit, tapi bilion kata netizen

KUANTAN: Laporan seorang penulis menggunakan nama ‘Rencana Kita’ mendakwa pekebun haram durian Musang King di tanah seluas 101.17 hektar di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, dekat sini memperoleh keuntungan RM420 juta untuk satu musim, mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Seorang netizen berkata, perkiraan yang dibuat penulis itu dianggapnya terlalu konservatif.

Menurutnya, mengikit perkiraan yang dibuatnya, jumlah yang diperoleh oleh pekebun terlibat bukan berjumlah ratusan juta ringgit tetapi mencecah bilion ringgit.

Netizen terbabit turut berkongsi perkiraan dibuatnya yang mana jumlah pendapatan diperoleh untuk tempoh 10 tahun bagi kawasan seluas 101 hektar membabitkan RM1. 75 bilion.

“Konservatif amat perkiraan itu… apa yang diberitahu kepada saya oleh orang yang biasa membuka ladang durian, satu ekar 50 pokok, satu pokok matang 100 biji hingga 120 biji (kira 100 biji), satu biji anggaran berat sekitar 3.5 kilogram (dua kilogram kulit saja).

“Harga kita andaikan sekitar RM40 sekilogram, kita kira untuk satu ekar untuk 10 tahun sahajalah. Satu ekar x 50 pokok x 100 biji x 3.5 kilogram x RM40/ kilogram x 10 tahun = RM7,000,000 (RM7 juta)

“Kalau 250 ekar, RM1,750,000,000 (RM1.75 bilion), bolehlah masing-masing kira menggunakan pelbagai simulasi berlainan,” kata netizen berkenaan.

Seorang lagi netizen berkata, tempoh 10 tahun itu terlalu lama dan perlu disiasat kenapa pekebun haram terlibat berani berbuat demikian.

“Dan kenapa tak ada orang memantau dalam 10 tahun itu. Ini semua sesuatu yang mencurigakan. Tahniah kerana berjaya menegakkan undang-undang, tapi masih ada yang perlu diteliti supaya ianya tidak berulang.

“Kalau dari mula dibanteras senang. Tidak perlu kerajaan hadap cemuhan-cemuhan masyarakat dan orang-orang yang ingin menangguk di air yang keruh,” kata netizen berkenaan.

Seorang lagi netizen pula berpendapat, jika begitu hasilnya kenapa ia perlu ditebang.

“Dah tu kenapa tebang? Patut rampas dan jadikan sumber pendapatan negeri la,” katanya. –


ANGGOTA PGA mengawal keselamatan operasi penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, Pahang.

SUMBER:UTUSAN ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!