Mahathir Dihubungi Oleh Tengku Datuk Seri Zafrul ” Dikatakan Bagi Mengaturkan 1 Pertemuan Berkaitan,,,

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan beliau dihubungi oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkaitan dengan Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada hari ini.

Menurutnya, beliau dihubungi oleh Menteri Kewangan itu dikatakan bagi mengaturkan satu pertemuan berkaitan perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih belum memberikan sebarang keputusan persetujuan untuk mengadakan pertemuan tersebut atau tarikh bagi pertemuan terbabit.

“Kita nak tengok lah (pelaksanaan), nak tubuhkan badan itu mudah, tetapi, hendak buat kerja, nak bagi kurang kes baharu (positif Covid-19) ini memerlukan banyak idea baharu.

“Saya tak tahu Menteri Kewangan ini mempunyai idea macam mana nak kurangkan (jumlah Covid-19), tetapi dia minta nak jumpa dengan saya, taktau lah saya tak buat keputusan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan KEDA Pulau Tuba, Langkawi di sini hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara rasmi dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, Mahathir menambah, beliau berharap kerajaan selepas ini tidak menambahkan kemarahan rakyat dengan tindakan yang disifatkannya sebagai sia-sia dan hanya memburukkan keadaan.

“Kita nampak, entah macam mana bila kerajaan ini ambil tindakan, bukan kes (positif Covid-19) akan kurang, kes akan bertambah. Umpamanya pada mula, cuma kes baru ratusan. Lepas itu diadakan pilihan raya di Sabah, naik sampai 2,000 kes.

“Lepas tu nak buat darurat, naik sampai 9,000 kes, di turun sikit, lepas tu kononnya ada plan untuk pemulihan. Bila sebut saja plan itu, angka meningkat,” ujarnya. –

SUMBER:UTUSAN ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!