Pekerja kilang bertempiaran lari: Polis siasat pemilik FB Edward Likes

MELAKA: Polis menyiasat pemilik akaun Facebook, Edward Likes yang menyebarkan satu klip video mendakwa sekumpulan pekerja warga asing di sebuah kilang di Jasin, dekat sini melarikan diri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa membabitkan kes Covid-19.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, video tular berdurasi 28 saat itu sebaliknya adalah rakaman lama kejadian kebocoran gas ammonia, dua tahun lalu.

Katanya, pemilik akaun tersebut kini sedang disiasat kerana dipercayai menimbulkan keresahan atau kegentaran dalam kalangan masyarakat.

“Siasatan awal polis ke kilang berkenaan mendapati tiada sebarang kejadian seperti mana yang ditularkan di Facebook oleh pemilik akaun Edward Likes.

“Pengurus kilang tersebut mengesahkan video yang tular adalah kejadian kebocoran gas ammonia yang berlaku pada 3 September 2019,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, video tersebut sebenarnya memaparkan sekumpulan warga asing sedang berlari bagi menyelamatkan diri kerana berlaku kebocoran gas ammonia di kilang terbabit.

“Klip itu bukanlah seperti yang didakwa oleh pemilik akaun terbabit kononnya sekumpulan pekerja asing cuba melarikan diri daripada ditahan polis berkaitan pandemik Covid-19.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai,” ujarnya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Ujarnya, jika sabit kesalahan pemilik akaun terbabit boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

SUMBER:UTUSAN ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!