Sebutir berlian 1,174 karat ditemukan di negara ini dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini….

GABORONE: Sebutir berlian 1,174 karat ditemukan di Botswana, sekali gus menjadi berlian kedua ditemukan di negara ini dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Syarikat perlombongan Lucara Diamond dalam kenyataan memaklumkan, berlian itu ditemukan di lombong Karowe pada bulan lalu dan diserahkan kepada kerajaan menerusi satu acara kelmarin.

Berlian itu didakwa lebih besar daripada berlian 1,098 karat yang juga ditemukan di Botswana pada Jun lalu.

Presiden Botswana, Mokgweetsi Masisi dilaporkan menghadiri majlis untuk melihat berlian tersebut.

Pengarah Urusan Lucara Diamond, Naseem Lahri berkata, penemuan berlian terbaharu itu mencipta sejarah tersendiri utnuk negara ini.

Pada 2019, syarikat itu menemukan sebutir berlian 1,758 karat yang dipercayai berlian kedua terbesar di dunia di lombong Karowe.

Ketika ini, berlian terbesar di dunia adalah Berlian Cullinan dengan 3,106 karat yang ditemukan di Afrika Selatan pada 1905.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!