HTAR Kl4ng Tutup Pekhidmatan Pesakit Luar,,,,

PETALING JAYA: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang hari ini mengumumkan semua rawatan pesakit luar di hospital itu ditutup sepenuhnya bermula semalam.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, penutupan sebagai persediaan menghadapi pengurusan Covid-19.

“Perkhidmatan rawatan klinik pakar pesakit luar di Kompleks Rawatan Harian serta Fisioterapi dan Pemulihan Carakerja di bangunan utama antara yang terjejas.

“Pesakit mempunyai janji temu di klinik pakar dinasihatkan tidak hadir ke hospital sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Zulkarnain, pihak hospital akan memberi tarikh dan masa baharu janji temu klinik pakar serta pengambilan ubat di farmasi kepada pesakit melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

“Pesakit dinasihatkan peka dengan notifikasi diberikan melalui SMS supaya tidak terlepas janji temu dan terputus bekalan ubat-ubatan sepanjang penutupan perkhidmatan ini,” katanya.- UTUSAN

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!