Per4ng Hab1s-Hab1san, Tiada Tolak Ansur Dengan Kilang,, Beliau Turut Berjanji Mengambil Tindakan Tegas Terhadap Kilang Atau Premis

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan tidak memberi sebarang kelonggaran terhadap mana-mana kilang atau premis perniagaan ketika ini.

Malah, beliau turut berjanji mengambil tindakan tegas terhadap kilang atau premis yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kerajaan tidak bertolak ansur dengan kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan.

“Kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam ‘combat’ melawan COVID-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang masih degil,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Ini selepas dilaporkan 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Ia meliputi 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup pada Khamis dan 52 lagi pada Jumaat.-

SUMBER:UTUSAN ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

[VIDEO] Tak Taahan Kena ‘Kacau’, Abang Lori Ni Nekad Terjah ‘Benda’ Yang Mengetuk Lorinya

Menjadi seorang pemaandu lori bukaannya mudah, banyak yang perlu dilalui terutama apabila bertugas di waktu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!