Gaduh Melibatkan Penghantar Makanan Foodpanda Tiada Unsur Perkauman Tetapi Kerana Cemburu,,,

PARIT BUNTAR: Rak4man vide0 perg4duhan melib4tkan 2 lel4ki term4suk se0rang pengh4ntar m4kanan y4ng berl4ku di P4rit Buntar 2 h4ri lalu sehingga tular dalam media sosial bukan berunsurkan perkauman.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, polis telah menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan itu pada Ahad lalu sebelum video tersebut tular dalam media sosial.

Menurutnya, pergaduhan berpunca daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang mengesyaki seorang penghantar makanan berusia 27 tahun mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

“Setelah siasatan dijalankan, polis mendapati berlaku salah faham kerana penghantar makanan itu tidak mempunyai hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit.

“Penghantar makanan itu mengenali wanita itu sebagai rakan sekerja yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu dan hanya menghantar makanan yang dipesan,” katanya dalam satu kenyataan media disini hari ini.

Menurut Mazuki, kedua-dua pihak telah berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik dan satu laporan telah dibuat bagi menarik balik kes tersebut.

“Polis mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar hingga menimbulkan kegusaran awam.

“Tindakan tegas boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Terdahulu tular dalam media sosial satu video berdurasi 11 saat dua lelaki bergaduh dalam garaj di sebuah sebuah rumah yang disaksikan orang ramai. –

SUMBER:UTUSAN ONLINE,Tiktok@fiz

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!