Gvru Ag4ma Menc4bul 2 Pelajar, D1penj4ra 20 Tahun, 8 Seb4tan…

TAWAU: Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan la pan sebatan, di Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah mencabul dua kanak-kanak lelaki di sebuah sekolah swasta temp at tertuduh mengajar.

Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhi hukuman itu terhadap Muhamad Ikram Yusuf, 25, yang didapati bersalah atas kesalahan mencabul 2 kanak-kanak berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh melakukan s3ks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di bahagian dapur sekolah berkenaan dekat sini, pada pukul 4.30 petang, 13 September 2019.

Berdasarkan pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyentuh kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sekolah yang sama pada pukul 4.30 petang dalam bulan April 2019.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didapati tidak bersalah atas pertuduhan menc4bul seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun antara April hingga September 2019, berikutan testimoni pendakwaan tidak kuat.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Muhamad Ikram didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan S3k-sual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama sepuluh tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan bermula hari ini dan hukuman dijalankan secara berasingan.

Awang Kerisnada dalam penghakimannya memberitahu mahkamah bahawa pekerjaan seorang guru itu adalah tugas mulia namun, di sebalik pakaiannya itu, tertuduh adalah predator s3k-sual.

Jelas beliau, kebanyakan kanak-kanak akan berjumpa dengan guru pada usia muda, tetapi malang bagi mangsa kerana berjumpa dan belajar dengan seorang guru yang merupakan predator s3k-sual.

Perbicaraan kes ini bermula pada 4 Oktober 2019 dan sepanjang perbicaraan seramai 19 saksi pendakwaan dipanggil, manakala pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya P.Kershanathan dan tertuduh diwakili peguam Dayang Aidaku Amira Aminuddin. –

SUMBER: UTUSAN ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!