Lagi 180 Premis Termasuk Kilang Diarahkan Tutup,,Terbaik TPM

PUTRAJAYA: Sejumlah 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gaga l mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.

Katanya, pemeriksaan dilaksanakan ke atas 2,246 kil-ang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja.

“Semalam, 438 individu ditahan at-as kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 404 individu dikompaun manakala 33 lagi direman dan seorang dijamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Operasi Ben-teng semalam menangkap 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas empat kenderaan darat.

Pada masa yang sama beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 815 pemantauan harian ke atas 10 jenis bekalan barangan terdiri daripada peringkat peruncit (629), pemborong (155) dan pengilang (31).

Katanya, KPDNHEP jug a melakukan 1,857 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP sepanjang PKP dan daripada jumlah itu, 1,850 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala tujuh premis dikompaun kerana tidak patuh SOP.

“Semalam, hanya seorang daripada 143 warga asing yang menjalani ujian saringan didapati positif Covid-19,” katanya

SUMBER:UTUSANONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!