Lima Daripada Tujuh Suspek Kes Gaduh Di Kelantan Positif D4dah,Berdasarkan Siasatan Awal..

Semalam, Tular satu video di media sosial seorang lelaki dibelasah beberapa orang individu dipercayai berpunca daripada ejek mengejek. Dalam video berdurasi lebih 3 minit itu, mangsa turut dilihat menendang bahagian hadapan kereta menyebabkan berlakunya pergaduhan.

Terbaru, Berita Harian melaporkan ketujuh-tujuh suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan tersebut. Kesemua mereka ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Kota Bharu manakala seorang lagi di Pasir Puteh, Kelantan.

Tangkap layar video tular
Berdasarkan siasatan awal, lima daripada tujuh individu termasuk tiga wanita dikesan positif dadah.

Menurut Ketua P0lis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 46 tahun.

Ujian saringan mendapati lima daripada mereka termasuk 3 wanita, positif dadah jenis Benzo serta Amphetamine.

2 daripada mereka pula memiliki rekod lampau bersabit d4dah dan jenayah.

Dalam tangkapan itu, pihak p0lis turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dikaitkan dengan kejadian pergaduhan. Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

SUMBER:BERITA HARIAN/Ohmymedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!