[VIDE0]“Mek Tak M4kan Berapa Hari Dah…” – Luluh Hati Warganet Tengok Nenek Uzvr Bern1aga Demi Mencari Sesuap Nasi

Seorang nenek y4ng uzvr  berusia 87 tahun mervntun hati warganet apabila masih gigih berniaga demi mencari sesuap nasi.

Menerusi laman sosial TikTok, seorang pengguna Hanif Asyraf berkongsi video nenek tersebvt yang menjual b4rangan masakan seperti buah nanas, asam keping dan serai di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.

Nenek yang menaiki teksi sendirian dari Selising yang jaraknya h4mpir 40 minit dari Kota Bharu itu difahamkan sudah hilang penglihatan.

Malah, tujuannya berniaga adalah untuk meraih wang ringgit bagi membeli sekampit beras kerana sudah lama tidak makan nasi berikutan kekurangan duit.

“Tak berniaga, nak makan apa. Sekarang duduk sorang. Berapa hari dah mek tak makan nasi. Tak ada duit nak beli beras.

Mek makan biskut kering dua keping ja. Ni pun air orang bagi.“Mek datang nak buat beli beras satu kampit ja.

Dapat beras, mek tak datang dah. Kalau awak tak keberatan, mak mintak duit RM5 je nak beli beras,” ujar nenek tersebut sewaktu ditemubual di dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sedih melihat keadaan nenek tersebut yang hidup serba kesusahan.

Malah, ramai yang ingin menghulurkan bantuan dari segi keperluan makanan, wang ringgit dan ada yang menawarkan diri untuk menjaga nenek tersebut.

“@Zawiah Wiya:Allahuakhbar…tiba-tiba sebak. Semoga nenek ni diberikan kesihatan yang sihat. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan amin.”

“@Sharifah Radiah Khan:Weii dengan aku sekali nangis. Semoga dalam jagaan Allah selalu mek. Aku takde mak dah. Sedih sangat tengok video ni.”

“@ ????_ ?:MasyaAllah..Datangkanlah hamba Allah untuk membntu mereka yang macam ni di luar sana ya Allah. Semoga nenek ni dilindungi.”

“@ⅅᎯℕℐℰℒ:Aku tak tahu kenapa, aku suke orang sikap macam ni. Semoga aku dan orang pon boleh jadi macam dia amin.”

“@Lulong:Please help her. I wonder how she survived by herself without anyone. Where’s her family? Where’s her children? May God bless her.”

Komen Netizen:


“@Farhana Zahra:Kat mana makcik ni? Sape tahu info, cikna nak tanggung dia sampai dia hembus nafas terakhir dia.”Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih satu juta tontonan dan 400,000 tanda suka daripada warga TikTok.

Sumber : https://gempak.com/

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!