Hospital Selayang rayu bantuan kontena mayat

PUTRAJAYA: “Tak ada tempat dah.” Itu Luann seorang kakitangan forensik dari Hospital Selayang, Selangor mengenai kapasiti di bahagian forensik hospital tersebut yang tidak dapat menampung jumlah may-at ketika ini.

Menurutnya, ia berikutan jumlah may-at yang diterima semakin meningkat setiap hari susulan pandemik Covid-19 sekali gus kemudahan sedia ada tidak lagi mencukupi.

“Pada pagi ini, kita menerima 47 may-at dengan 16 daripadanya bukan Covid-19 diletakkan di dalam peti ais. Selain itu, 24 may-at positif Covid-19 di dalam kontena, peti may-at dan bilik post mortem.

“Ada lagi may-at yang tidak dapat disimpan dalam peti may-at di mana ia diletakkan di atas meja bilik post mortem selain ada yang terpaksa diletakkan di atas lantai berlapikkan kayu pallet,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Lebih menyedihkan, kakitangan forensik yang enggan mendedahkan nama itu berkata, mereka terpaksa melakukan pelbagai cara termasuk meletakkan dua mayat di dalam satu peti may-at.

Dalam pada itu, dia mendakwa, atas inisiatif sendiri, pihaknya memohon bantuan wakil rakyat di kawasan tersebut, namun, tiada maklum balas diterima.

“Kami memohon kontena baharu seperti yang diterima oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Keadaan sesak di sini ditambah kekurangan kakitangan.

“Difahamkan kontena baharu akan sampai pada bulan Disember berikutan tiada peruntukan. Bagaimanapun, kalau ada sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mungkin lagi cepat,” katanya. –

SUMBER:UTUSAN ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!