Viral Vide0 Tua Nenek Yang Berniaga Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Suami Dedah Perkara Sebenar,,,

Baru-baru ini viral satu video di laman sosial media TikTok yang memaparkan seorang nenek tua sedang berniaga di sebuah pasar di Kelantan yang mengundang sebak ramai warganet.

Pun begitu, Abdullah Jusoh, 66, suami kepada warga emas yang tular menjaja asam keping di Pasar Siti Khadijah menceritakan hal sebenar dimana dia memaklumkan isterinya pergi menjaja sebab bosan dan mendapat bantuan setiap bulan.

Tambahnya, bantuan itu diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk kegunaan Hadrian.

Isterinya, Che Munah Che Man, 82, dikatakan memang ska menjaja sejak berusia 16 tahun. Dia akan pergi ke pasar tani dan pasar minggu selain akan ke pasar besar Kota Bharu untuk menjaja asam keping.

Saya larang pun, dia tetap nak pergi. Dia akan mint bantuan penduduk untuk menghantarnya ke pekan Selinsing dan akan menaiki teksi ke Kota Bharu
Ketika ditemu ramah Harian Metro, suaminya turut memaklumkan yang dia akan keluar menjaja setiap hari kecuali Rabu dan akan pulang ke rumah pada 12 tengah hari. Kisah Che Munah tular sehingga menjadi perhatian warganet namun mereka sendiri tidak mengetahui tentang video itu memandangkan mereka tidak mempunyai telefon bimbit.

Kisah isteri pernah tular, kami dapat banyak bantuan menerusi akaun bank isteri. Tapi sejak Oktober lalu, kami buat keputusan hanya guna buku simpanan dan ambil duit guna cap jari dan tidak lagi menggunakan kad bank
Abdullah menjelaskan sekiranya ada pihak yang prihatin terhadap mereka, cukup datang berjumpa mereka sendiri untuk bertanya khabar.

Saya tak salahkan mana-mana pihak. Memang kalau menjaja hasilnya tidak seberapa tapi ramai yang beli sebab simpati atau bagi derma
Menurutnya, mungkin keadaan isterinya yang separuh buta dan pakaian tidak terurus menyebabkan ramai yang salah anggap terhadapnya. Dia yakin isterinya keluar menjaja hanya untuk menghilangkan rasa bosan memandangkan mereka hanya tinggal berdua selain memelihara lapan ekor kucing sebagai peneman.

Abdullah turut menafikan mereka tidak cukup makan dan mengatakan isterinya sering membeli makanan di kedai makan atau dia sendiri yang akan memasak kerana isterinya tidak dapat berbuat demikian kerana faktor usia.

Dalam pada itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh, Wan Nor Hayati Wan Husain turut megesahkan warga emas itu menerima Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM 350 sebulan sejak 2014. Che Munah juga turut mendapat bantuan RM 500 sebulan selain bantuan bakul makanan daripada pihak JKM.

SUMBER : Harian Metro/ohmymedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!