Minta bantuan China tangani pandemik Covid-19′-ANIFAH AMAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan Perl mengambil pendekatan diplmotik bagi mendapatkan bantuan kepakaran dari China untuk membantu negara ini memerangani penularan wabak Covid-19.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berkata, Ch1na mempvnyai pengalaman dan kepakaran menangani pandemik Covid-19 maka, Malaysia perlu memanfaatkan situasi itu untuk meminta bantvan dari Ch1na.

Beliau berka4a, Malaysia h4rus mendap4tkan b4ntuan d0ktor untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja serta kepakaran dari China untuk membantu membina hospital mega seperti yang dibina di Brunei Darussalam.

“Kementerian Luar h4rus mem1nta bantvan dipl0masi bagi mendapatkan 2,000 orang doktor, jururawat dan kakitangan sokongan kesihatan lain untuk membantu petugas barisan hadapan di negara ini memerangani pandemik Covid-19.

“Justeru itu, kita harus menghantar pasukan kh4s untuk membincangkan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Luar itu berkata, bantuan kepakaran dari China diperlukan bagi membina hospital dengan kapasiti 5,000 katil di Kuala Lumpur dan Selangor serta 3,000 katil di Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri lain.

Langkah ini penting bagi memastikan sistem kesihatan awam di negara ini mampu bertahan berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Menurut Anifah, kerajaan perlu mengubah taktik menguruskan pandemik Covid-19 ini bagi mendapatkan kaedah penyelesaikan yang lebih baik.

Tambah beliau, pembinaan makmal mega juga perlu bagi membolehkan saringan besar-besaran dilakukan.

“Jika dilihat China juga berjaya memberikan vaksin kepada 14 bilion rakyatnya. Dalam tempoh yang singkat iaitu sembilan hari, China berjaya memberikan 100 juta dos vaksin kepada rakyat di republik itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Anifah mencadangkan penubuhan tiga jawatankuasa iaitu jawatankuasa perubatan, ekonomi dan keselamatan yang harus diketuai oleh pakar dalam bidang masing-masing.

Jawatankuasa ini juga harus bekerjasama dengan pakar antarabangsa bagi mencari kaedah penyelesaikan terbaik untuk menangani pandemik Covid-19 di negara ini dan seterusnya mengemukakan cadangan itu kepada menteri Kabinet berkaitan.

“Ketika ini hanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja kaedah penyelesaian yang difikirkan maka, sudah tiba masanya untuk pemegang taruh tampil membantu,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Kimanis ini juga mencadangkan agar program vaksinasi sedia ada dirombak semula dengan membenarkan pasaran vaksin dilakukan secara terbuka dan tidak lagi dikawal oleh kerajaan.

“Ketika ini, hanya kerajaan yang mengawal pengagihan vaksin termasuk vaksin yang dibekalkan di hospital swasta.

“Pasaran vaksin harus dilakukan secara terbuka bagi membolehkan bekalan vaksin di negara ini dipertingkatkan dan orang ramai tidak perlu bergantung kepada hospital kerajaan untuk mendapatkan vaksin,” katanya. –

SUMBER:UTUSAN ONLIBNE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!