Bagi Al4san Buang Bungkusan Isi Ayam Busuk, CCTV Rakam Tindakan Wanita Rupanya Buang Mayat Bayi Sendiri Yang Dah Berbau

Kes seorang wanita yang membuang may-at bayi di Jalan Bintara 9, Jawa Barat, Indonesia telah menjadi tular selepas rakaman kamera CCTV berkenaan insiden tersebut beredar di media sosial, lapor Tribun News.

Wanita tersebut kelihatan dengan tenangnya meletakkan beg plastik berwarna merah di hadapan kereta yang diparkir di sebelah kenderaan yang dinaikinya.

Ketua Rukun Tetangga setempat, Abi Fika, menyatakan bahawa lokasi kes adalah berhampiran dengan SMK Bakti Mandiri, Jalan Bintara 9, Kota Bekasi.

“Orang yang pertama menemui bungkusan yang mencurigakan pada sekitar jam 2 petang itu adalah pengawal keselamatan,” kata Abi Fika ketika disahkan.

Penduduk setempat kemudiannya cuba memerika kandungan bungkusan berwarna merah itu sebelum mendapati bahawa terdapat may at bayi yang telah membusuk di dalamnya.

“Ketika bungkusan itu dibuka, ternyata ianya berisi mayat bayi, pada pukul 2.15 tengah hari, dan mereka segera menghubungi pihak polis,” katanya.

Abi menjelaskan bahawa tindakan membuang bayi itu telah dirakam oleh kamera CCTV yang terdapat di sekolah berkenaan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah P0lis Kota Bekasi, Iptu Arfa, menyatakan bahawa identiti suspek yang didakwa membuang mayst bayi tersebut merupakan seorang penduduk Garut, Jawa Barat dan berusia 30 tahun.

“Sementara itu, suspek mengakui bahawa sebelum melahirkan bayi tersebut, dia telah memutuskan hubungan dengan pasangannya,” kata Arfa.

Arfa belum dapat mengesahkan secara terperinci sama ada may-at bayi yang dibuang itu adalah hasil daripada hubungan luar nikah antara ibu dan pasangannya.

Bayi malang itu, lanjutnya, difahamkan meninggal ketika dilahirkan kira-kira dua atau tiga hari sebelum dibuang di tepi jalan.

“Mengikut keterangan suspek, bayi tersebut dilahirkan kira-kira 2-3 hari yang lalu (sebelum dibuang), sebelum dibuang, ianya telah dibungkuskan dalam beg plastik terlebih dahulu,” katanya.

P0lis masih lagi menyiasat motif dan tindakan suspek yang membuang bayinya sendiri itu di tepi sebuah jalan.

“Orangnya macam tidak berapa betul, macam kebingungan ketika kami bertanyakan soalan, mungkin kemurungan tetapi kami masih lagi meyiasat, kami pun belum melakukan diagnos dari segi kesihatan lagi,” jelasnya.

Sementara itu, difahamkan bahawa suspek yang membawa mayst bayi itu datang dari garut ke Bekasi dengan menaiki kereta seorang lelaki yang ditumpanginya.

Dari keterangan lelaki itu, dia hanya merupakan pemandu yang membawa suspek sahaja.

Menurut pemandu itu, suspek menaiki kenderaan yang dipandunya dari daerah Limbangan, Garut, Jawa Barat bersama dengan sejumlah penumpang yang lain.

Lelaki itu adalah merupakan seorang pemandu kereta yang mengambil penumpang, dia biasanya membawa penumpang dari Garut ke Jabodetabek menggunakan kenderaan persendirian yang disewanya.

“Semalam saya mengambil suspek dari Limbangan Garut, dia menyatakan bahawa dia ingin ke Tangerang untuk menjemput adiknya,” kata lelaki itu kepada pihak p0lis ketika diberkas.

Sebelum menuju ke Tangerang, dia sempat untuk menurunkan penumpang, salah seorangnya yang berada di daerah Cibarusah, Kabupaten Bekasi.

“Saya hantar dulu yang mahu ke Cibarusah, pada sekitar jam 6 pagi saya telah terhidu bau busuk di dalam kereta,” katanya.

Selepas meninggal Cibarusah, pemandu itu meneruskan perjalanan ke NCO, Kota Bekasi kerana masih ada penumpang yang ingin turun ke sana.

Ketika dia menghidu bau busuk, dia tidak berani untuk bertanyakan kepada penumpangnya. Ianya kerana dia tidak tahu bungkusan milik penumpang yang mana yang mengeluarkan bau busuk itu.

“Ada juga penumpang lain yang membawa bungkusan di bekalang, cuma saya tidak tahu yang bungkusan busuk itu isinya mayst bayi, saya tidak berani bertanya pada ketika itu,” jelasnya.

Setibanya dia di Bintara, dia kemudiannya berhenti di tempat kejadian.

Di sana, dia menurunkan penumpang, suspek turut keluar daripada kereta dengan membawa bungkusan plastik yang berwarna merah.

Suspek kemudiannya meletakkan bungkusan itu di tepi jalan seperti yang dirakam oleh kamera CCTV.

Pada ketika itu, lelaki tersebut bertanya kepada suspek, bungkusan apa yang dibuang itu.

Lalu suspek menjawab bahawa bungkusan tersebut berisi ayam yang telah menimbulkan bau busuk.

“Saya bertanya kepadanya apa yang dia bawa, lalu dia kata dia membawa ayam, lalu saya bertanya lagi, mengapa dia tidak menyatakan awal-awal bahawa dia membawa ayam,” katanya.

Suspek yang sebenarnya mempunyai tujuan untuk pergi ke Tangerang, secara tiba-tiba membatalkan niatnya, dan ingin balik ke Garut semula.

Di Bintara, pemandu tersebut tidak hanya menurunkan penumpang, dia malah mengangkut penumpang lain ke Subang.

“Ketika saya dalam perjalanan, penumpang yang saya jemput tadi memberitahu saya bahawa di tempat saya berhenti tadi ada penemuan bayi, terus saya patah balik ke tempat kejadian dan mendapati bahawa orang ramai telah mengerumuni kawasan tersebut,” katanya.

Sumber: Tribun News/siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!