Kerajaan Kelantan H4iran Dengan Peningkatan Jumlah Kemasukan Kenderaan Sempena Hari Raya Aidiladha ,,,

Umum tahu, kes COVID-19 di Malaysia sejak akhir2 ini mencatatkan jumlah kes yg tinggi sekaligus membuatkan penularan wabak ini lebih mudah. Pihak berkuasa juga sebelum ini turut menegaskan larangan merentas negeri.

Pada masa yg sama, negeri Kelantan dilaporkan mencatat pertambahan kenderaan memasuki negeri tersebut sejak beberapa hari yang lalu. Kemasukan kenderaan menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba turut mendapat perhatian kerajaan negeri Kelantan yang hairan dengan jumlah kemasukan yang tinggi.

Menurut Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Majlis Keselamatan Negara, MKN telah menetapkan hanya kes kecemasan membabitkan kematian atau pasangan jarak jauh dibenarkan rentas negeri. Beliau juga telah meminta pihak polis untuk menjalankan semakan ke atas kenderaan yang memasuki negeri tersebut dengan lebih tegas.

Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memaklumkan tidak menerima surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari ini sehingga 21 Julai 2021 dengan alasan untuk merentas negeri bagi mengelak perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyalahguna surat kebenaran MITI bagi tujuan pulang ke kampung menyambut Aidiladha.

Kelantan muncul sebagai negeri pertama menghentikan agihan vaksin Sinovac dan menggantikannya dengan vaksin Pfizer.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!