Selamba Je Tayang Beli Barangan Pakai ‘Gelang Pink’, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Tidak Senang

Sejak kebelakangan ini, Malaysia nampaknya diserang dengan jumlah kes COVID-19 yang tinggi membuatkan ramai rakyat Malaysia diserang wabak merbahaya ini sekaligus diberikan gelang pink buat mereka yang disahkan positif.

Dis4ngka pene3rima g3lang pink patuh mengikut SOP dal4m us4ha untuk memutuskan penularan COVID-19, muncul pula seorang pengguna TikTok iaitu @Bibieyyayang yg seolah bangga memuat naik sebuah video membeli belah sambil memakai gelang pink.


Lebih mengejutkan ramai, beliau dikatakan membeli barangan di kawasan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD). Berdasarkan tindakan yang dibuat, para netizen jelas tidak senang dengan apa yang dilakukan wanita yang dianggap mementingkan diri sendiri ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Tampil menjelaskan perkara sebenar selepas dikecam
Menerima pelbagai respon dan tohmahan, wanita ini sekali lagi memuat naik video kedua dalam menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Difahamkan situasi ini berlaku Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kelantan. Orang ramai dimaklumkan tidak dibenarkan keluar atau memasuki kawasan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik, beliau juga turut memaparkan sejumlah besar penduduk di kawasan turut keluar dengan memakai gelang pink dan sememangnya dibolehkan.

Berdasarkan situasi semasa di mana orang ramai sedang risau dengan penularan kes COVID-19 yang melanda negara, diharap orang ramai tidak menimbulkan spekulasi atau perkongsian video yang tidak jelas dalam membuatkan orang ramai panik dan sebagainya.

SUMBER:VOCKET

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!