[VIDE0] 2OO Jemaah Warga Asing Solat Aidiladha Luar Surau, Video Tular..

BUTTERWORTH: P0lis mengesan kira-kira 200 jemaah yang majoritinya disyaki warga 4sing yang menvnaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan surau Taman Pelangi, Juru di sini sem4lam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berk4ta, mereka dikesan bagi membantu siasatan dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat tersebvt kira-kira pukul 8.30 pagi.

Menurut beliau, siasatan pihaknya mendap4ti pih4k pengvrusan surau berkenaan mematuhi SOP kebenaran untuk mengadakan solat sunat Aidiladha namun berlaku limpahan jemaah di luar sur4u sehingga menjadi luar kawalan.

VIDEO yang tular menunjukkan warga asing menunaikan solat di luar surau dan didakwa tidak mengikuti SOP. – MEDIA SOSIAL

Jelasnya, surau tersebut adalah surau kariah yang dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha dengan kapasiti jemaah seramai 100 orang.

Tambahnya, pihak pengurusan surau sudah mengambil tindakan mengehadkan hanya 100 jemaah bagi solat Aidiladha dan meminta jemaah yang tidak dapat menunaikannya untuk pulang.

“Bagaimanapun, jemaah yang tidak dapat menunaikan solat di dalam surau memilih untuk solat di luar surau dengan penjarakan fizikal dan pihak pengurusan surau terpaksa akur kerana faktor sensitiviti, namun tidak menghubungi polis kerana sensitiviti itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, rakaman video yang mendakwa ratusan warga asing mengerjakan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan pangsapuri yang didakwa di Taman Pelangi, Juru itu tular di dalam media sosial hari ini.

Sementara itu, Mohd. Shuhaily berkata, terdapat kira-kira 70 peratus warga asing daripada hampir 8,000 penduduk di kawasan kejiranan tersebut dan video yang tular berkenaan jelas menunjukkan mereka merupakan warga asing.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk untuk sama-sama membantu mengesan mereka yang hadir selain akan mengenal pasti mereka menerusi video yang tular berkenaan untuk membantun siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, beliau memohon maaf kepada seluruh penduduk di negeri ini kerana kejadian itu gagal dikesan lebih awal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan meminta semua pengerusi masjid dan surau membuat aduan kepada polis sekiranya terdapat mereka yang enggan mematuhi SOP dalam tempoh tiga hari (hari tasyrik) ini dengan menghubungi talian 04-2221722,” katanya. –

SUMBER:UTUSAN

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!