Hukuman M4ti Menanti Rakyat K0rea Utara Jika Bercakap Guna Bahasa Asing

Kim Jong-un dilap0rkan telah meng4ncam utk memberi hukvman yg berat term4suk penj4ra d4n hukvman m4ti kepada remaja K0rea Utara j1ka mereka menggun4kan bahasa asing atau Korea Selatan. Media pemerintah Korea Utara, Rodong Sinmun dalam sebuah laporan memberitahu para pemuda di Korea Utara untuk menggunakan dialek asal mereka yang “unggul” atau bersedia untuk menghadapi hukuman yang berat.

Larangan penggunaan bahasa asing atau Korea Selatan bahkan telah dimasukkan ke dalam pindaan undang-undang yang sebelum ini turut melarang remaja Korea Utara untuk meniru fesyen dan gaya rambut negara asing. Selain itu, remaja Korea Utara turut diberi amaran agar tidak mengikuti budaya negara jiran, K-pop yang mampu memberi ancaman kepada anak muda.

Yang Moo-Jin, profesor di Universiti Pengajian Korea Utara, mengatakan kepada Korean Herald, “Kim sedar bahawa budaya K-pop atau Barat dengan mudah mampu masuk ke generasi muda. Dia tahu bahawa aspek budaya ini dapat membebankan sistem. Oleh itu, dengan menghapusnya, Kim berusaha untuk mengelakkan masalah di masa depan,” katanya.

Kim Jong-un sudah lama melarang rakyatnya daripada mengikuti budaya asing, baik dari segi pakaian, gaya rambut, ucapan, dan tingkah laku. Pada bulan Disember lalu, Korea Utara memperkenalkan undang-undang baru di mana sesiapa sahaja yang menonton hiburan dari Korea Selatan akan dihantar ke kem buruh paksa selama 15 tahun. Manakala mereka yang menyeludup muzik atau filem pula akan dikenakan hukuman m4 ti dan mereka yang bercakap, menulis atau menyanyi dengan gaya Korea Selatan akan menghadapi hukuman kerja paksa selama dua tahun.

Sumber;Vocket

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Mak M3rtua Sel4lv Perll Akv B1l4 Tgk Aku Bermewah Takut Habiskan Duit Anak Dia. Tapi dia tak tahu anaknya sudahpun…

Gambar sekadar hiasan : hide fb m3mber aku min. Aku pelik betul perangai family mentua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *