Ustaz Ebit Lew Bersvmpah Tid4k Melar1kan Apa2 Dokumen Ke Gaza-; Tapi Dia Berkeras Kata, Saya Bawa Lari Dokumen.

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menafikan dakwaan yang dilemparkan ke atasnya bahawa beliau melarikan dokumen permohonan ke Gaza seorang diri.

Ini selepas beliau didakwa pada awalnya merancang ke luar negara bersama penyanyi rap Caprice, pengacara Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail.

Bagaimanapun, keadaan dilihat berlainan apabila Ebit Liew pergi ke Gaza bersama pasukannya sahaja tanpa melibatkan tiga orang yang lain.

“Wallahi saya tak pernah jumpa tiga-tiga nama termasuk Caprice. Saya tak pernah berbincang langsung dengan orang ni untuk pergi ke Gaza. Saya tak pernah mesej Caprice sepanjang untuk pergi Gaza tak pernah.

“Saya fikir saya sangka baiklah, mungkin dia penat. Dia stress. Dia tak sedar apa yang berlaku. Tapi dia berkeras kata, saya bawa lari dokumen. Wallahi saya tak pernah jumpa Hariz, Neelofa, jumpa tu pernahlah tapi bukan untuk pergi Gaza,” katanya menerusi siaran langsung di Instagramnya hari ini.

Siaran tersebut mendapat jumlah tontonan lebih 300,000 sejak lebih sejam bersiaran pukul 12 tengah hari tadi.

Ebit Liew berkata demikian menjawab tuduhan oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bahawa beliau melarikan dokumen setelah berjumpa dengan Menteri Kanan Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Ebit Liew telah meninggalkan Caprice, Neelofa dan Haris yang dikatakan mahu bersamanya ke Gaza.

Kata Ebit Liew, Caprice dilaporkan mengeluarkan tuduhan itu menerusi ‘IG story’nya namun tidak dipastikan bila kenyataan itu disiarkan.

Selain itu, menurutnya, Caprice menyatakan tuduhan itu selepas ibu Neelofa memberitahu anaknya turut serta namun, beliau enggan mencampuri urusan berkenaan dan tidak memanjangkan perkara tersebut.

“Bila saya di Gaza, tiba-tiba Caprice mesej, ustaz apa khabar? Saya balas khabar baik. Daokan yang baik-baik. Jadi, tuduhan yang saya bawa lari dokumen, saya tidak tahu kenapa. Saya bersangka baik dan saya taknak teruskan dah pun.

“Tapi sebab dia tanya juga (tentang perkara ini), saya tak bawa balik dokumen. Saya cuma memohon cara nak keluar Malaysia. Sesiapa nak keluar Malaysia boleh memohon dengan imigresen ada borang tu beritahu borang nak keluar negara.

Dalam pada itu, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia dianggarkan RM20 juta diagihkan untuk penduduk di Palestin.

Beliau menegaskan, tidak membawa wang sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihaknya tidak pernah membuka sebarang tabung untuk negara itu.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, Palestin. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang.

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” soalnya. –

SUMBER:UTUSAN ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!