[video] Peni4ga Tertekan Tvlarkan Durian Tak Laku Di LARUT PERAK,,,

LARUT – Tertekan dengan longgokan durian yang tidak terjual, seorang peniaga bertindak menularkan video yang dirakam di media sosial untuk menarik simpati orang ramai termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Peniaga tersebut, Mohd Firdaus Endut, 41, berkata, video itu dirakam secara spontan di gerainya di Ijok, di sini pada Isnin sebelum tular beberapa hari.

Menurutnya, hasil video yang tular itu berjaya menarik perhatian Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria dan FAMA yang membantu menyelesaikan masalah itu.

“Video itu sebenarnya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa termasuklah FAMA tetapi apa yang berlaku itu spontan sebab saya ketika itu dalam keadaan tertekan, buah banyak tak boleh jual.

“Lambakan durian berlaku ketika itu dengan kira-kira dua tan buah tidak boleh dijual kerana pemborong tak ambil sebab Hari Raya Haji,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di premisnya di Ijok, di sini pada Khamis.

Mohd Firdaus turut mengakui dakwaan bahawa FAMA tidak mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi dalam video tular itu tidak tepat dan menghargai tindakan pantas FAMA membeli buah duriannya.

Katanya, sebelum ini terdapat pemborong dari Kelantan dan Terengganu yang mengambil buah durian itu namun disebabkan kekangan hari raya serta buah durian yang luruh serentak mengakibatkan lambakan tersebut berlaku.

Menurutnya, ketika ini harga durian kampung di peringkat peraih RM2.50 hingga RM3.50 sekilogram kerana jumlah durian yang luruh semakin banyak

Sementara itu, Razman yang turun padang melihat keadaan itu menegaskan bahawa FAMA sentiasa proaktif dalam memastikan tidak berlaku lambakan buah durian bagi membantu pekebun dan peraih.

Menurutnya, sebanyak tiga tan durian milik Mohd Firdaus diambil oleh FAMA untuk dipasarkan ke Kedah, Selangor dan Perak.

“Kita harap petani boleh terus berhubung dengan FAMA atau pejabat saya jika berlaku masalah lambakan durian. Tak perlulah buat video dan tularkan untuk selesaikan masalah.

“Keadaan ini sebenarnya berlaku disebabkan pemborong dan peniaga tidak dapat mengambil durian disebabkan hari raya. Kedai-kedai juga banyak yang tutup,” katanya.

Menurutnya, lambakan yang berlaku tidaklah begitu besar dan dakwaan FAMA tidak membantu petani juga tidak tepat.

Beberapa hari lalu, video berdurasi dua minit 22 saat itu tular di media sosial berkenaan berlaku lambakan durian dengan mendakwa FAMA tidak mengambil tahu keadaan tersebut.

SUMBER: SINARHARIAN

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!