ʙᴇʀꜱᴇᴋᴏɴɢᴋᴏʟ 70 ꜱʏᴀʀɪᴋᴀᴛ ʙ0ʟ0ᴛ ᴘʀᴏᴊᴇᴋ ʙᴇʀɴɪʟᴀɪ ᴘᴜʟᴜʜᴀɴ ᴊᴜᴛᴀ ᴅɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ, ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ʟᴀɢɪ ᴅᴏ ᴅɪᴛᴀʜᴀɴ ꜱᴘʀᴍ

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) h4ri ini menahan reman dua lagi individu iaitu seorang Pegawai Daerah (DO) bersama seorang juruukur bahan susulan penahanan t1ga individu termasuk 2 bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran semalam.

Kedua2 1ndividu terlibat ditahan d1 Ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 dan 10 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sVmber, kesemua sVspek terlibat dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang merupakan sindiket kartel projek bagi membolot projek-projek bernilai pulVhan juta ringgit di sekurang-kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012 lagi.

Katanya, dalam tempoh 4 tahun di sebuah daerah sahaja, kontraktor terlibat boleh memperoleh pelbagai projek bernilai anggaran RM20 juta.

Difahamkan, terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek-projek tersebut termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi.

“Kontraktor-kontraktor ini akan menjaga dan berdampingan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti menaja bermain golf, cuti ke luar negara dengan membiayai perbelanjaan sekeluarga,” katanya hari ini.

Jelas sumber itu lagi, Pegawai Daerah di Selangor yang direman hari ini dipercayai menerima suapan bernilai anggaran kira-kira RM125,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan.

“Suapan itu adalah sebagai balasan untuk membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan lain-lain kerja secara sebut harga dan tender di kawasan sekitar Selangor,” katanya.

Katanya, keseluruhan nilai projek-projek tersebut berjumlah kira-kira RM3 juta.

Sementara itu, sumber berkata, juru ukur bahan itu pula dipercayai memperoleh suapan sebanyak 1 peratus daripada nilai projek selain wang tunai berjumlah anggaran RM90,000 dan sebuah basikal bernilai RM3,000.

Katanya, suspek dipercayai membocorkan maklumat-maklumat berkaitan tender kepada kontraktor bagi kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan di sebuah daerah lain pula di Selangor.

Kedua-dua suspek terlibat direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!