[VIDE0] Ibu Dan Bapa Nya Tidak Sedar Anak ‘Hanyut’, Bayi 1 Tahun Menangis Ketakutan Terapung Seorang Diri Di Laut Berjaya Diselamatkan…

Seorang bayi yang berusia 1 tahun dilaporkan telah diselamatkan selepas terapung di tengah laut di Tunisia.

Menurut Mirror, bayi itu duduk di dalam pelampung yang berwarna merah jambu dan disyaki telah ‘dibawa’ oleh angin kencang sehingga boleh sampai ke tengah laut. Difahamkan, ibu bapanya tidak sedar ketika kejadian tersebut berlaku.

Ia berlaku pada Sabtu lalu dan video detik-detik ketika ‘misi’ menyelamatkan bayi itu telah tular di media sosial.

Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa pegawai Perlindungan Awam mengangkat bayi tersebut dari pelampung dan membawanya ke tempat selamat.

Bayi itu menangis tetapi dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengguna media sosial pula menyatakan kelegaan kerana bayi itu telah diselamatkan tetapi mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh ibu bapanya sehingga tidak sedar mengenai kehilangan anak mereka.

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku dan disebabkan itu pihak berkuasa Tunisia telah mengingatkan ibu bapa agar berwaspada dan memantau anak masing-masing.

Sumber: Mirror/siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Baru 5 Bulan Kahwin, Wanita Mengaamuk Dapat Tangkap Suaminya Berdua2an Dengan ‘Kekasih Gelap’ Dalam Rumah

Baru-baru ini tular satu videeo di Indonesia yang memaparkan seorang wanita yang menyerang suami dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!