Bila J0get Bermvla, Mp Rina Dah Tinggalkan Majlis Bersatu itu – Pembantu Mp Rina

Menteri Pembangunan W4nita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun tel4h meninggalkan majlis Bersatu yang diadakan di sebuah dewan hotel yang dilihat dalam video viral menunjukkan sekumpulan orang menari, menvrut seorang pegawai menteri itu.

Ketika dihubungi, pegawainya berkata Rina, yang jvga ketua Wanita Bersatu, telah merasmikan majlis itu tetapi dia sudah tidak ada di sana ketika kumpulan yang dilihat dalam vide0 itu mula berj0get.

“Mvngkin seb3lum atau sesudah majlis itu. Tapi dia tidak ada ketika perkara itu terjadi.

“Dia tidak terlib4t dalam apa jua keada4n pun,” kata pembantu itu kepada Malaysiakini.

Pembantu itu jvga meng3sahkan majlis tersebut diadakan pada bulan April di sebuah dewan ballroom hotel di Glenmarie, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dipetik Bernama berkata siasatan dilakukan susulan satu laporan polis yang diterima hari ini setelah video berhubung kejadian itu tular melalui media sosial.

“Pengadu mendakwa kumpulan individu tersebut dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal di antara satu sama lain sehingga perkara itu tular menerusi media sosial.

“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharudin berkata jika sabit kesalahan, kompaun sebanyak RM2,000 boleh dikenakan ke atas individu manakala RM10,000 ke atas penganjur.

Beliau berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini berkongsi video berdurasi satu minit 35 saat di Facebook tanpa penjelasan bertuliskan “Fuhhhhh!”

Hantaran itu menarik lebih 25,000 komen, yang kebanyakannya marah dan kecewa terhadap pelanggaran prosedur Covid-19 yang jelas ketika rata-rata rakyat Malaysia masih berada di rumah kerana penutupan.

Ramai yang menyorot latar belakang program di atas pentas yang memaparkan gambar Rina dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu.

Netizen juga menunjukkan beberapa peserta yang tidak menjaga penjarakan fizikal atau memakai pelitup muka.

Jumlah jangkitan baru Covid-19 hari ini meningkat kepada 17,045 paling tinggi sejak tiga hari berturut-turut tertinggi – menjadikan kes terkumpul melepasi sejuta jangkitan.

SUMBER: Malaysiakini

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!