Ahli Parl1men P0sitif Covid-19…Belum Ada Keputusan Had Jumlah Kehadiran Ke Dewan Rakyat,,,

DUA Ahli Parlimen dan 12 kakitangan Parlimen disahkan positif Covid-19, kata Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, 58 kakitangan Parlimen berserta lima atau enam Ahli Parlimen sedang dikuarantin.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika persidangan khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula pukul 10 pagi hari ini.

Azhar berkata, beliau juga telah mengadakan pertemuan penyelarasan pada pagi ini bagi meminta pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham, mengenai situasi semasa Covid-19 dan bagaimana mereka dapat mengadakan sidang itu dengan selamat.

“Kami belum memuktamadkan keputusan sama ada untuk mengehadkan jumlah kehadiran dalam satu-satu masa dan juga sepanjang persidangan. Kami juga masih menunggu persetujuan dari pihak pembangkang,” katanya.

Dalam persidangan itu, penggubal undang-undang diberi penerangan mengenai Pelan Pemulihan Nasional.

Sementara menunggu keputusan baharu, Azhar berkata, keputusan awal yang dibuat oleh Jawatankuasa Dewan pada 23 Julai lalu supaya tidak mengehadkan jumlah kehadiran di dewan serta mengadakan mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang seperti biasa.

Bagaimanapun, beliau meminta kerjasama dari semua ketua parti supaya hadir secara bergilir setiap jam ke sesi persidangan.

Hal ini kerana katanya, Ketua Pengarah Kesihatan amat prihatin dengan penularan Covid-19 di Parlimen.

“Untuk pengetahuan semua, 12 kakitangan Parlimen didapati positif (Covid-19) dan 58 kakitangan dikuarantin kerana mereka adalah kontak rapat.

“Dua anggota Parlimen positif manakala lima atau enam yang lain sedang dikuarantin,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman telah mengesahkan bahawa mereka positif Covid-19.

Kedua-duanya telah menerima vaksin lengkap dan tidak mengalami sebarang simptom selain tidak berada di Parlimen.

Pada masa sama, Azhar meminta para pemimpin parti untuk memberi kerjasama dengan memastikan bahawa penggubal undang-undang melakukan penggiliran kehadiran mereka pada setiap jam serta memastikan semua orang memakai pelitup muka berlapis, bagi mengurangkan risiko varian Delta yang ditularkan melalui udara.

Ini adalah kali pertama Dewan Rakyat bersidang sejak penangguhannya pada Disember tahun lalu.

Dewan Rakyat sepatutnya bersidang pada Mac lalu untuk pembukaan Mesyuarat Pertama Sidang Keempat Parlimen ke-4 tahun ini, namun ditangguhkan berikutan Pengisytiharan Darurat pada 12 Januari dan akan berakhir pada 1 Ogos ini. –

SUMBER:The Star

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!