[VIDEO] “Meremang bulu roma weyh!”, Seram! Tengah Khusyuk Mengaji, Tiba-2 Ada Suara Misteri Ikut Sekali

Pada mulanya, niat lelaki ini mer4kam bacaan potongan ayat dari Surah Yasin untuk untuk kerja kursusnya. Tapi keadaan menjadi ‘lain’, bila diulang balik semula rakaman itu ada satu suara misteri yang ikut dia mengaji.

Perkara seram ini telah dik0ngsi oleh Nadzmin Adam di Twitter miliknya. Difahamkan tujuan dia kongsikan video itu untuk double ch3ck sama ada netizen turut dengar sekali at4u dia salah dengar.

Korang dengar betul-betul, memang jelas kedengaran suara misteri bermula pada ayat ‘innama’.

Katanya kepada Lobak Merah, dia percaya yang suara misteri itu adalah Jin yang beragama Islam. Cuma kisah lama yang pernah di cerita oleh ibunya membuatkan perasaan itu bertambah seram.

Dia menyatakan dahulu abangnya pernah ‘diikuti’ oleh makhluk halus. Tapi itu kisah lama, namun bila dia sendiri berhadapan dengan situasi tersebut, dia juga menjadi seram.

Nadzmin Adam yang berumur 19 tahun ini turut memberi pesanan, jika hadapi situasi ini jangan terus cuak, fikir ke arah positif dahulu.

Tambahnya lagi, kalau mengaji sorang-sorang tak digalakkan untuk rekod. Takut menimbulkan fitnah dan takut juga kalau ada orang lemah semangat tak boleh handle perkara macam ni.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, netizen turut berpendapat suara misteri itu kepunyaan jin baik.

Malah ada juga yang menasihatinya untuk mendapatkan rawatan alternatif takut ada yang menumpang dalam badan.

Namun, ada juga yang berpendapat suara tersebut terhasil disebabkan gangguan teknikal dan suara intonasi yang rendah.

Wallahualam bissawab, jika itu jin baik harap dia tidak mengacau kita dalam melakukan ibadah, kalau tu jin jahat biarlah tuhan yang menghukumnya.

Sumber : LobakMerah

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!