[VIDE0] Terjun Bidang Olimpik Pulak. “P4tutlah Lama Menghilang..” – Peserta Olimpik Iras Shaheizy Sam Cuit Hati Netizen

Baru-baru ini, dunia dihangatkan dengan acara sukan antarabangsa iaitu Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang menjadikan bandaraya ini sebagai tuan rumah. Temasya yang berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021 itu bakal mempertandingkan sebanyak 342 acara dalam 33 sukan melibatkan 206 negara yang akan bertanding bagi merebut pingat untuk negara masing-masing.

Namun yang menjadi perhatian di media sosial baru-baru ini apabila terdapat netizen yang merakam sebuah acara dalam Olimpik Tokyo yang memaparkan individu yang dilihat seiras dengan wajah pelakon tanah air, Shaheizy Sam.

Seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @daruslantak telah memuat naik sebuah video yang dirakam dari kaca televisyen itu memaparkan seorang atlet daripada negara Uzbekistan menyerupai wajah persis pelakon Polis Evo itu.

Ni bukan abam Polis Evo tu ke?

Menerusi hantaran itu juga, atlet dari Uzbekistan bernama Adkhamjon Ergashev itu yang bersedia untuk percubaan kedua dalam angkat berat atau Weightifting dilihat mempunya wajah seiras tidak kiralah dari sudut tepi mahupun dari hadapan.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen menyokong serta bersetuju dengan persamaan dari segi wajah serta bentuk badan yang sama seperti Shaheizy Sam selain sempat berjenaka dengan mengatakan pelakon itu telah pun menukar bidang dari lakonan kepada acara sukan.

Meninjau pada laman Instagram milik pelakon Shaheizy Sam pula, terdapat beberapa netizen yang turut bertindak merakam adegan dalam Weightlifting itu dan turut mengetag nama Sam sambil berjenaka dengan bertanya tentang kebenaran menyertai Sukan Olimpik.

Walaubagaimanapun, video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 99,000 tontonan serta 5000 lebih tanda suka.

Kredit: TikTok Daruslantak I Instagram Shaheizy Sam

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!