Budaya Gali Kubur Yang Meninggal Dunia Untuk Dikahwinkan, Takut Sunyi Di Alam Kubur

Terdapat sebuah keluarga di China dilaporkan telah menggali kubur ahli keluarganya, iaitu seorang wanita yang meninggal dunia pada 12 tahun yang lalu dan menjualnya sebagai “pengantin hantu.”

Mayat Kang Cuicui diambil dari kuburnya dan dikahwinkan dengan mayat seorang lelaki dalam upacara perkahwinan di Provinsi Hebei. Amalan atau adat Yin Hun, yang juga disebut perkahwinan hantu, telah diamalkan di China selama ribuan tahun bagi mereka yang masih mempercayainya.

Mereka percaya bahawa dengan perkahwinan, orang yang mati tidak akan kesepian di alam kubur, manakala generasi akan datang bakal mendapat tuah. Amalan “pengantin hantu” telah dilaporkan oleh Daily Mail.

Kisah ini bermula apabila mayat Kang – yang mati bunuh diri pada tahun 2008, setelah dia bertengkar dengan suaminya, Li Zhong – tiba-tiba hilang dari kuburan pada 14 November. Lebih mengejutkan lagi, semua perhiasan emas di dalamnya turut hilang.

Untuk pengetahuan anda, Li dan keluarga sebelum ini telah mengadakan upacara pengebumian besar-besaran untuk Kang. Mereka difahamkan telah menghabiskan hingga 100,000 yuan (RM 61,000) dan makam Kang dipenuhi dengan perhiasan yang bersalut emas.

Disebabkan kejadian Kang hilang dari kuburnya, Li terus menghubungi pihak polis. Setelah siasatan diadakan, terungkap bahawa keluarga Kang yang bertanggungjawab menggali kubur anak perempuan mereka.

Setelah menggali, difahamkan keluarga Kang telah menjual mayat anak perempuannya kepada keluarga seorang mayat lelaki yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada harga 80,000 yuan (RM50,000).

Keluarga Kang dan keluarga mayat lelaki terbabit mengadakan “kenduri kahwin” pada 23 November. Selepas itu mayat mereka dikebumikan di kubur yang sama.

Disebabkan itu, pihak polis telah menggugurkan permohonan Li untuk menjalankan siasatan terperinci. Tetapi apa yang Li tidak berpuas hati adalah pihak polis tidak memberikan apa-apa alasan mengapa permohonan dia ditolak.

Ketika ditemual bual oleh media tempatan, ibu Kang mengakui bahawa dia sangat marah kepada Li kerana membiarkan anaknya sendirian, manakala mayat keluarga Li yang lain dipindahkan.

“Anda (Li) membiarkan kubur anak saya di sana. Saya harus mengambilnya kerana dia tidak boleh sendirian di dunia di sana,” katanya.

Li Zhenwang, individu yang mempunyai pengalaman dan ditanggungjawabkan dalam upacara “majlis perkahwinan hantu”, mengatakan bahawa orang yang mati di umur yang muda dan tidak pernah mempunyai anak seperti Kang sangat “popular di pasaran”.

“Ini seperti berkahwin secara normal. Apabila jenazah berada di sini, kita akan meletakkan mereka di dalam peti mati yang berwarna merah, yang dihiasi dengan bunga,” katanya Li Zhenwang.

Terdapat beberapa agensi yang menguruskan perkahwinan tersebut. Mereka berkata bahawa mereka percaya orang yang mati dan tidak dikahwinkan akan memberi nasib yang sangat buruk kepada generasi akan datang.

SUMBER:VOCKET

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!