[Video]’Mana UMNO PumPamPumPam? Dalam Laman Media Bising, Dalam Dewan Sunyi’ – Syed Saddiq

Tegasnya, UMNO berkata kerajaan gagal dalam media sosial tapi di dalam Dewan Rakyat, lain pula ceritanya, diam dan ada keluar dewan. – Gambar FB Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: “Mana UMNO? Dekat dalam media sosial pung pang, pung pang, dalam dewan (Dewan Rakyat) sunyi, diam, tak cakap apa pun.”

Itu soalan dilontarkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas – Muar) ketika berucap pada Sidang Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas, di sini pada Isnin.
Menurutnya, kalau disebut kerajaan Perikatan Nasional (PN), ia bukan hanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi ia melibatkan UMNO juga.

“Jangan takut. Kalau mereka nak ugut, biarlah nak ugut, kita lawan,” katanya sambil menepuk meja.
Tegasnya, UMNO berkata kerajaan gagal dalam media sosial tapi di dalam Dewan Rakyat, lain pula ceritanya, diam dan ada keluar dewan.
“Kalau nak lawan, betul-betul lawan. Rakyat menilai dan melihat,” tegasnya.
Katanya lagi, UMNO baru-baru ini mengeluarkan keanyataan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan kenyataan itu, Syed Saddiq berpendapat buat masa ini ada keperluan untuk adanya usul undi percaya dalam Dewan Rakyat.
Walaupun sejumlah 38 ahli Parlimen UMNO memutuskan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin menyaksikan kesemua masih berada di blok kerajaan.
Apa yang berlaku hanya perubahan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri duduk di sebelah PM Muhyiddin.

SUMBER:AWANI/AZAM MEKTAR

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

[VIDEO] Tak Taahan Kena ‘Kacau’, Abang Lori Ni Nekad Terjah ‘Benda’ Yang Mengetuk Lorinya

Menjadi seorang pemaandu lori bukaannya mudah, banyak yang perlu dilalui terutama apabila bertugas di waktu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!