Seek0r Kelaw4r Dengan Saiz Sebesar Badan Manusia Telah Mendapat Perhatian Masyarakat,,

Se3kor kel4war dengan saiz sebesar b4dan manusia telah mendapat perhatian masyarakat media sosial dan dilaporkan bah4wa kejad1an ini berlaku di Filipina.

“Ingat ketika s4ya memberitahu anda tentang warga Filipina yang memiliki kelawar bersaiz manusia? Ya, inilah yang saya katakan,” tulis pengguna Twitter AlexJoestar622 pada akhir bulan Jun lalu.

Gambar tersebut sebenarnya diambil beberapa tahun lalu oleh seorang rakyat Filipina yang didakwa menemui haiwan ini di halaman belakang rumahnya. Gambar tersebut juga telah mencetuskan perdebatan di Reddit.

Cara gambar ini diambil juga dikatakan telah menjadikan kelawar ini jauh kelihatan lebih besar dari biasa. Namun sebenarnya, kelawar tersebut hanya bersaiz ‘seperti anjing kecil,’ spesies ini mampu mencapai lebar sayar sebesar 1.7 meter, namun badan mereka sebenarnya agak kecil, hampir 30 cm panjangnya, lapor News Hub.

Tiada keraguan bahawa gambar itu sebenarnya asli. Pengguna Reddit malah telah memuat naik satu lagi gambar dengan sudut yang berbeza, di mana kelihatan kelawar tersebut sedang menguap ketika dia terjaga dari tidur.

Sejak itu, ia telah diperdebatkan di beberapa laman sosial. Ada yang menyatakan bahawa kelawar ini adalah sejenis Acerodon jubatus – kelawar yang mempunyai warna emas di kepala. Tetapi teori itu meragukan kerana kelawar tersebut tidak mempunyai warna emas di bahagian atas kepalanya.

Ada pula yang menyatakan bahawa kelawar itu datang dari jenis Pteropus vampyrus – salah satu kelawar yang bersaiz besar dengan telinga yang panjang dan bahagian muka seakan serigala.

Manakala terdapat juga beberapa perdebatan yang menghubungkan kelawar dengan vampire, tetapi secara faktanya, kelawar sebenarnya tidak kehausan darah, mereka hanya kehausan nektar – cairan manis yang dihasilkan oleh bunga. Malah mereka suka makan buah-buahan dan suka bertenggek di puncak pohon besar.

Untuk rekod, kelawar telah dikatakan punca kepada penyakit COVID-19 yang melanda dunia. Manakala di Sulawesi Utara Indonesia pula, kelawar masak lemak telah dijadikan sajian makanan untuk masyarakat di sana.

Terdahulu, kerajaan China telah bertindak menutup satu pasar basah di Wuhan kerana didakwa menjadi puncar kepada tularnya wabak COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

SUMBER:VOCKET

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!