Ramai Rakyat ‘pakar’ Mencari kelemahan kerajaan Dan Mengkritik Kerajaan…

PADA 20 Julai lalu, buat kali kedua berturut-turut, umat Islam di Malaysia meny4mbut Hari Raya Aidiladha ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19.

Ber1kutan pelaks4naan Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berfasa, maka banyak aktiviti dilarang di4dakan bagi me1b3ndung penularan wabak tersebut termasuk tegahan rentas negeri dan kunjung-mengunjungi.

Namun, negara tervs gempar dengan gambar-gambar tular dalam media sosial dan laporan dalam media arus perdana yang menunjukkan kesesakan lalu lintas di plaza tol tertentu khususnya yang menuju ke Pantai Timur menjelang perayaan tersebut.

Saya berani menyatakan, ramai dalam kalangan pengguna terbabit adalah mereka yang melanggar larangan rentas negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman.

Pihak polis sudah pun memberi amaran tegas bahawa surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang digunakan untuk ‘menghalalkan’ rentas negeri tidak diterima kali ini dan mereka yang melanggar arahan akan dikompaun.

Kita perlu akui, dalam kalangan rakyat, memang ramai yang ‘pakar’ dalam mencari kelemahan apa juga peraturan dan menyalah guna kelebihan untuk kepentingan diri.

Atas alasan ‘kecemasan’, sudah tentu ramai memohon kebenaran polis, tetapi tujuan sebenarnya adalah mahu merentas negeri untuk bersama ahli keluarga di kampung.

Dalam hal ini, tidakkah mereka yang berbuat demikian berasa malu terhadap diri sendiri dan orang lain?

Apakah kita masih tidak insaf dengan kes Covid-19 yang naik mendadak selepas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai lepas? Adakah mereka lupa Covid-19 masih berada dalam komuniti, masih mengancam negara dan nyawa kita dengan kes jangkitan dan kematian meningkat mendadak dalam jumlah sangat menakutkan?

Adakah mereka yang ingkar arahan, bertindak merentas negeri semata-mata untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung atau apa juga alasan selepas ini mahu situasi peningkatan kes berterusan?

Saya juga percaya, dalam ramai yang ingkar arahan rentas negeri, pasti ada terselit dalam kalangan mereka yang mengkritik kerajaan dengan dakwaan gagal mengawal penularan wabak berbahaya berkenaan.

Pasti mereka juga tidak henti-henti berkongsi tanda pagar #KerajaanGagal dalam media sosial dan menuduh kerajaan bersikap pilih kasih dalam situasi yang dirujuk mereka sebagai kes ‘kayangan’ atau apabila ada orang kenamaan atau selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Saya akui, terdapat ruang untuk kerajaan memperbaiki usaha menangani wabak ini. Tetapi seperti kata pepatah Inggeris, two wrongs don’t make a right atau jika seseorang itu melakukan kesalahan, kita tidak wajar menggunakannya sebagai alasan untuk turut melakukan kesalahan sama kerana ia akan hanya memburukkan keadaan.

Di sinilah kematangan umat Islam dituntut supaya menghayati hikmah di sebalik segala sekatan yang dikuatkuasakan dalam kita merayakan hari raya korban ini.

Hari Raya Aidiladha menuntut kita menginsafi semangat keimanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail demi Allah SWT.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang baru berlalu, seeloknya umat Islam mendalami prinsip pengorbanan dalam mengekang penularan Covid-19 dan bermuhasabah diri bagi menjauhi dari bertindak mengikut nafsu atau hanya tahu mengkritik pihak-pihak tertentu.

SUMBER:Utusan

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!