Sor4ng Lelaki W4rga Bangladesh Tertimbus Runtuhan Pembinaan LRT 3 Di Klang

SHAH ALAM, 29 Julai (Bernama) — Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam insiden runtuhan perencah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kemalangan tersebut pada 2.41 petang dan sampai di lokasi kejadian 17 minit kemudian.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan tersebut pada 4.20 petang.

Selain itu turut cedera ringan adalah tiga warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia dan kesemua mangsa adalah lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

Norazam berkata operasi itu membabitkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.

“Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Pengarah Operasi Negeri dan pegawai dari bahagian operasi negeri kini berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SUMBER:Bernama

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

[VIDEO] Dikeepung Poolis Seebab Tak Pakai ‘Heelmet’, 2 Pemuda Nekad Terjun Sawah ‘Acah’ Jadi Pesawah

Gara2 takut dikejar oleh pihaak polis, dua orang pemuda dilaporkan berpura2 menjadi pesawah, lapor portal …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!