[Vide0] Masing2 Tunjuk ‘Taiko’, Dua ‘Geng’ Monyet Turun ‘Bertempur’ Di Jalan Hingga Trafik “Jam”

Ag4k ‘menger1kan’ n4mun t3ruja vntuk d1lihat, itvlah yg dapat digamb4rkan apab1la menyak4sikan 2 kumpulan monyet liar yang sedang ‘bertempur’ sesama send1ri d1 sebu4h lalvan tr4fik di Thailand.

Sebelum berada di situ, kesemua haiwan itu dilihat berpusu-pusu di depan sebuah kuil Buddha, lapor Daily Mail.

Melalui rakaman yang tular, kedua-dua kumpulan monyet itu sedang bersemuka di sebuah persimpangan jalan yang sibuk dan telah menyukarkan kenderaan di situ untuk bergerak.

Mungkin takut dengan monyet tersebut, beberapa penunggang motosikal juga dilihat berpatah semula dan tidak melalui jalan itu.

Terdapat jurang yang jelas di antara kedua kumpulan itu tetapi beberapa ekor monyet dilihat berani melompat ke tengah untuk ‘menegaskan kewibaaan’ mereka dan melakukan provokasi terhadap lawan mereka sebelum bergelut di antara satu sama lain.

“Saya berada di sebuah bangunan berhampiran dengan kuil dan ketika itu mendengar monyet-monyet tersebut membuat bising.

“Mereka dilihat ‘berdebat’ di antara satu sama lain dan kemudian mula bergelut,” kata seorang individu yang melihat kejadian itu.

Difahamkan, monyet-monyet itu kebiasaannya diberi makan oleh pelancong atau pengunjung di Lopburi tetapi disebabkan oleh perintah berkurung, makanan untuk mereka juga tidak dapat diberikan sehingga menyebabkan mereka merayau-rayau dan bersaing untuk mendapatkan makanan.

Pergaduhan serupa yang melibatkan kumpulan monyet pernah dilaporkan berlaku pada bulan Mac tahun lalu ketika mereka bertengkar kerana makanan di sebuah landasan kereta api.

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!