Pemuda K0ngs1 Perb3z4an Lelaki Dan Perempuan Masa Makan Beramai-Ramai

Kalau bercakap tentang lelaki dan perempuan, tentunya banyak perbezaan yang semua tahu. Sama seperti yang dikongsikan lelaki ini tentang perbezaan lelaki dan perempuan semasa makan beramai-ramai. Perkongsiannya ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ia meraih hampir dua juta tontonan setakat ini. Malah netizen turut sama dapat relate dengan situasi yang dikongsikan di mana ia sememangnya kena dengan apa yang dilalui orang ramai.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu menunjukkan perbezaan yang ketara di antara lelaki dan perempuan ketika makan bersama kawan-kawan. Apa yang menariknya, kumpulan perempuan biasanya lebih meriah berbanding lelaki.

Malah dia sempat melakonkan situasi di mana perempuan biasanya lebih banyak bercakap sambil bergosip di antara mereka. Tidak cukup dengan itu, perempuan juga akan mengambil gambar makanan terlebih dahulu sebelum makan.

Berbanding dengan perempuan, kumpulan lelaki pula lebih senyap dan boleh dikatakan langsung tidak bercakap. Dalam masa yang sama, mereka juga akan menumpukan sepenuh perhatian pada makanan yang sedang dimakan dan tidak melakukan perkara lain.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur dengan lakonan semula lelaki ini. Ada juga yang bersetuju ini antara situasi yang selalu dialami mereka setiap kali keluar makan bersama kawan-kawan. Malah ada netizen yang turut merindui suasana makan beramai-ramai bersama kawan setelah sekian lama tidak dapat melakukannya.

“Laki masa makan cakap pasal politik, takpun cakap pasal bola.”

“Aku makan dengan bff aku sampai nak tercekik gelak.”

“Lelaki pun kuat gosip sebenarnya.”

SUMBER:HCL

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!