‘CABAR’ Bunyi Bising & Hon Kereta, Gajah Mengamuk Pijak Budak Sampai M4ut

Seorang kanak-kanak lelaki dilapor mavt akibat dipijak gajah yang dipercayai ‘naik minyak’ dalam satu kejadian yang berlaku di K4mpung Letekujan dalam wilayah Assam, India baru-baru ini.

Berdasarkan rakaman video, pada awalnya gajah-gajah tersebut menyeberangi sebatang jalan kampung secara berkumpulan, dipercayai ingin ke kawasan kebun di seberang.

Bagaimanapun ketika itu, ramai penduduk kampung berada di jalan berkenaan dan membuat bising, seolah-olah ‘mencabar’ kawanan gajah tersebut. Ada juga yang sengaja berdiri berdekatan dan mengetuk jalan menggunakan selipar.

Dalam masa sama, turut kedengaran beberapa kenderaan di situ membunyikan hon dengan agak kuat, sekaligus membangkitkan rasa ‘tidak senang’ oleh gajah berkenaan.

Walaupun ‘dicabar’ dengan jeritan penduduk dan bunyi hon kenderaan, kesemua gajah berkenaan berjaya menyeberangi jalan tersebut dengan elok tanpa masalah.

Namun konflik mula berlaku apabila gajah yang terakhir bertindak agresif dengan keluar dari barisan dan mengejar semua penduduk yang bising tadi. Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka tersungkur akibat ditolak oleh individu lain.

Mangsa, seorang kanak-kanak lelaki terguling ke dalam parit dan cuba menyelamatkan diri, namun sudah terlambat apabila gajah agresif tadi berjaya ‘mendapatkannya’ sebelum memijaknya berkali-kali dan mengheretnya ke tanah, merujuk Daily Mail.

Serangan bertalu-talu gajah tersebut menyebabkan budak lelaki berkenaan mengalami cedera parah dan akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian. Setelah ‘selesai’, gajah itu kembali ke kawanannya.

Merujuk laporan itu lagi, perincian kes termasuk nama dan maklumat diri mangsa masih belum dikenal pasti lagi setakat ini. Video tersebut turut dimuat naik ke Youtube untuk tontonan umum.

Difahamkan, kira-kira 100 orang di India dibunuh setiap tahun oleh gajah, walaupun jumlahnya boleh mencapai 300 orang, menurut WWF.

Sebahagian besar kawasan habitat gajah di Asia berada dekat dengan penempatan manusia sekaligus menimbulkan potensi untuk berlakunya konflik antara penduduk tempatan dan haiwan yang berhijrah atau mencari makanan.

SUMBER:Daily Mail | SiakapKeli I LarjunaTv

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!