“Ayash Affan Sdh Bergerak Aktif, Keadaan Stabil”Paras Bacaan 0ksigen. Siti Sarah Raisuddin Meningkat Pagi Ini, Sekali Gus Menunjukkan Perkembangan Positif

PETALING JAYA: Pelawak terkenal tanah air, Shuib Sepahtu, berkongsi keadaan cahaya mata keempatnya bersama penyanyi Siti Sarah, yang kini masih berada di hospital bagi mendapatkan rawatan ekoran kelahiran pra matang.

Menerusi entri Instagram, Shuib memaklumkan bayinya yang diberi nama Ayash Affan, kini telah memberi reaksi yang aktif dan keadaannya juga stabil.

“Alhamdulillah, Ayash Affan (bayi baru lahir pra matang tujuh bulan). Dr. Faiz dari Hospital Universiti Ke bangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu pagi ini dia sudah membuka mata, kaki dah menendang-nendang.

“Selain itu, tangan Ayash juga bergerak aktif dan keadaan bayi stabil. Ya Allah syukur, ini juga berkat doa anda semua yang tidak berhenti mendoakan kesihatan Ayash.

“Saya balikkan doa-doa kalian, semoga anda semua juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik serta terhindar dari segala kemudaratan. InsyaAllah,” tulisnya menerusi Instastory.

Paras bacaan oksigen penyanyi, Siti Sarah Raisuddin meningkat pagi ini, sekali gus menunjukkan perkembangan positif, berbanding semalam.

Perkara itu dijelaskan suaminya, pelawak, Shuib Sepahtu melalui perkongsian Instagram Stories (IGs), sebentar tadi.

“Setakat pagi ini, Sarah masih belum sedar… Masih perlukan bantuan alat pernafasan.

“Alhamdulillah ada peningkatan. Jam 11 malam tadi, oksigen jatuh hingga paras 40 peratus tetapi pada jam 2 pagi, naik 77 peratus.

“Sebentar tadi, doktor maklumkan paras oksigen Sarah meningkat 80 peratus,” katanya.

Shuib atau nama sebenar, Shahmira Mohamad bersyukur isterinya mula memberi tindak balas positif.

Melalui entri berkenaan, bekas penyampai stesen radio Hot FM itu memohon semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi yang dilahirkan, semalam

Shuib memaklumkan pengikut Instagram (IG) mengenai perkembangan terkini Siti Sarah melalui perkongsian Instagram Stories (IGs), pagi tadi. Foto IG Shuib Sepahtu
“Saya harap semua yang melihat perkongsian ini terus mendoakan isteri saya dan anak. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.

Siti Sarah yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dimasukkan ke hospital, Rabu lalu, berikutan tahap oksigen yang tidak stabil.

Kira-kira jam 5 petang semalam, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah, suami bersama tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari


 

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!