‘Saya Ada Masalah Kepercayaan Terhadap Presiden “UMNO”..

ISKANDAR PUTERI – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui sukar mempercayai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa tindakan yang dilakukan Ahli Parlimen Bagan Datuk sebelum ini.

Khairy Jamaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau memberitahu, masalah kepercayaan itu berbangkit ekoran surat yang dihantar presidennya kepada Yang di-Pertuan Agong pada Oktober lalu.

Selain itu katanya, persoalan juga timbul ekoran isu rakaman suara yang tular membabitkan Ahmad Zahid dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketika ini saya masih lagi dalam kerajaan, sebab saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO. Pada bulan Oktober lepas, beliau telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong atas nama presiden UMNO mengatakan semua Ahli parlimen UMNO memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sedangkan saya tidak pernah dirujuk oleh presiden, tidak pernah ditanya oleh presiden dan jauh sekali saya beri kebenaran kepada presiden untuk guna nama saya, itu yang pertama,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melawat tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Iskandar Malaysia Studios, di sini hari ini.

Khairi berkata, yang kedua pula apabila timbul rakaman perbualan presiden dengan ketua pembangkang, perkara itu dinafikan dan difahamkan akan buat laporan polis tetapi selepas itu mengaku pula yang rakaman itu tulen.

“Bagaimana saya hendak percaya presiden macam ini, yang mengatakan bahawa keputusan baru ini dicapai secara sebulat suara dalam Majlis Tertinggi, sedangkan ada Ahli Parlimen yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi buat keputusan berbeza dengan keputusan Majlis Tertinggi,” katanya.

SUMBER:K! ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!