[Kisah] S3ram DJ Rad10 Dan Pemanggil Misteri Yang Ramai Tak Tahu

K1sah legenda ini berkisarkan tentang se0rang DJ radio Malaysia. Dia mempunyai ranc4ngan lewat malam pada tahun 1990-an di mana pendengar b0leh menelefon untuk berkongsi cerita hantu.

Pada satu malam, seorang lelaki menelefon untuk berkongsi kisahnya. Dia berkata bahawa dia sedang memandu di sebuah lebuhraya pada lewat malam bersama kedua ibu bapanya, isterinya dan bayi mereka.

Kesemua penumpang sedang tidur membuatkan dia juga mengantuk. Tiba2 dia ternampak sebuah lori datang dari arah hadapan tetapi di jalan bertentangan.

Lori itu melepasinya dengan laju dan belum sempat dia menghadap apa yang berlaku, perkara yang sama berlaku lagi. Dan ia terus berulang2.

Kemudian, perkara tersebut berubah di mana lori tersebut mula muncul di belakangnya dan dia menyedari bahawa lori tersebut mengejarnya.

Cuba untuk tidak panik, dia memecut laju. Apabila dia tiba di atas bukit, dia tiba2 ternampak sebuah kenderaan menghala ke arahnya.

Dia mengelak dengan begitu drastik tetapi hilang kawalan dan terbabas, terjatuh ke dalam jurang yang sangat dalam. Kemudian, dia memberitahu DJ radio tersebut bahawa kemalangan itu membunuh semua ahli keluarganya.

Dia kedengaran sangat terganggu dan sebelum meletak telefon, pemandu tersebut memberitahu bahawa kemalangan itu juga meragut nyawanya.

DJ tersebut menyangkakan bahawa ia adalah panggilan prank dan ketawa.

Walaubagaimanapun, akhbar keesokan harinya memaparkan sebuah kisah di muka depan, mengatakan bahawa berlakunya satu kemalangan di lebuhraya tersebut sama seperti yang diceritakan oleh lelaki itu.

Sebuah kereta terbabas dan membunuh satu pasangan warga emas, seorang suami dan isteri serta bayi mereka. DJ tersebut sangat terkejut melihat berita tersebut.

Dia dengan kelam-kabutnya cuba untuk mendengar kembali rakaman pita tentang kisah misteri yang diceritakan lelaki itu namun tiada apa yang didengarinya melainkan bunyi sunyi sepi.

Volkswagen kuning di lebuhraya Karak

Ini mungkin antara cerita legenda yang paling terkenal di Malaysia, berkenaan dengan kereta Volkswagen kuning di Lebuhraya Karak.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Lebuhraya Karak adalah jalan yang paling berhantu di negara kita. Ini sebahagiannya disebabkan oleh jalan ini mempunyai kadar kemalangan yang tertinggi di Malaysia.

Selain dari laporan perasaan yang menakutkan di sepanjang jalan, terdapat beberapa cerita yang lebih kukuh. Dan yang paling popular sudah tentunya Volkswagen Kuning.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!