“Mat4 H1tam Tak Ada, Muka Ser4m Hab1s”, Jururawat Sempat Rakam Kawan Jururawatnya Yang Cun Bertukar Jadi ‘Hantu’

SEKALI pandang pasti ada yg kecut perut apabila menonton v1deo tular yang memperlihatkan seorang jurvrawat sedang ters3nyum sambil melambai2kan tangannya dalam suasana gel4p di seb4tang jalan.

L3bih menyeramkan jika and4 memandang tepat ke arah matanya y4ng berwarna kehitaman.

Ia pasti membuatkan anda t1dak boleh tidur malam kerana teringat d3ngan senyuman, mata dan lambai4n jururawat tersebut.

Rata2 netizen meluahkan r4sa takut m4lah ada yang tidak sanggup menonton video seram berdurasi 15 s4at yang dimvatnaik seorang pengguna Twitter sikucingpemalas pada Ahad.

Video y4ng dimuatnaik d3ngan kapsyen berbunyi, “Kalau drive sorang2, ada misi tahan kereta macam ni h4ngpa n4k berhenti dak? Hmmm” diulang kicau kira2 6,331 kali dan mendap4t 4,493 tanda suka.

Bagaimanapun pemilik Tw1tter tersebvt yang dikenali sebagai Syakira Ahmad Affandi memberitahu gad1s tersebut bukanlah hantu sep3rti yang didakwa netizen.

“Ramai yang seram teng0k (video). Dia bukan hantu tapi manusia biasa. Dia Fatin kawan sekolej saya. Saya pun dah jelaskan perkara sebenar dalam bebenang di Twitter saya.

Syakira (tiga dari kiri) bersama Fatin (dua dari kiri) merupakan rakan sekolej di sebuah kolej kejururawatan di Kulim, Kedah. Foto ihsan Syakira.

“Sebenarnya waktu tu kami baru balik kerja. Kami duduk dalam bas manakala kawan saya yang jadi ‘hantu’ tu dekat luar.

“Dia cuba nak agah kami. Lepas tu saya tengok lighting pun on point ‘seram’, nampak mata hitam dia tak ada, muka dia pun menyeramkan, jadi saya pun buat video,” kata jururawat pelatih berusia 24 tahun itu.

Namun Syakira berkata dia tidak menduga video tersebut akan mendapat perhatian netizen.

“Saya terkejut dapat banyak notifikasi dan bila bangun je dah tengok beribu-ribu retweet. Saya tak sangka video ni akan jadi viral.

“Saya tiada niat lain cuma mahu bergurau sesama kami. Lagipun Fatin pun layankan saya masa ambil video dia malam tu,” katanya kepada mStar Online.

Gadis ‘hantu’ tersebut, Nor Fatin Mokhtar berkata dia tidak menyangka lakonan seramnya itu menjadi.

“Sejujurnya saya tak tahu pun video tu seram bila orang lain tengok. Saya ni memang suka buat muka seram macam tu. Saya suka usik kawan-kawan.

“Jangan bimbang ya, saya bukan hantu… masih manusia lagi. Mungkin nampak mata hitam saja dalam video tu yang orang ingat hantu betul,” kata gadis dari Kelantan ini.

Nor Fatin Mokhtar. – Foto ihsan Nor Fatin.

Ditanya apa yang disebutnya semasa video itu dirakam, Nor Fatin atau lebih dikenali sebagai Fatin berkata dia mengajak rakan-rakannya yang berada di dalam bas untuk turun.

“Saya cakap ‘mai la mai la balik, depa dah nak pi dah tu’, mai la turun’. Ianya berlaku dengan spontan sebab saya sebenarnya dah naik bas tapi turun semula nak tunggu kawan.

“Saya pun tak sangka Syakira upload video tu kat Twitter sampailah family saya pun terkejut sebab dah viral,” katanya.

Namun Fatin berkata dia tidak sedikit pun terguris hati dengan kata-kata netizen yang menggelarnya sebagai hantu.

“Saya tak marah pun. Saya hanya mahu takutkan kawan sebenarnya tapi tak sangka ramai pula yang kata seram,” kata gadis yang meminati pasukan Liverpool itu.

Sebaliknya, Fatin berkata dia terkejut apabila menerima banyak ‘friend request’ selepas video seramnya tular di media sosial.

“Ramai DM (direct message) tanya saya ke yang viral tu. Saya pun terkejut sebab tiba-tiba dapat lebih 700 friend request,” katanya.

VIDEO:

SUMBER:Mstar I Larjunatv

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK DUNIA SOSIAL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG DUNIA SOSIAL KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!