PM letak jawatan? Muhyiddin masih Pengerusi PN “Kenapa keadaan itu berlaku?

KUALA LUMPUR: Sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, beliau masih mempunyai peranan besar dalam rundingan pembentukan kerajaan kerana beliau masih merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Begitupun, penganalisis politik Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sekiranya perkara itu terjadi, beberapa situasi dijangka berlaku, namun ia tidak akan terus kepada proses pertukaran kerajaan.

Tambahnya, semuanya akan berlaku langkah demi langkah sekiranya kerajaan sudah tiada majoriti dan ia dimulakan dengan Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan.
BACA: ‘Ada pihak cetuskan kemelut politik, mahu saya campuri urusan mahkamah’ – PM Muhyiddin

“Sekiranya majoriti tidak cukup, dikatakan Muhyiddin ada sokongan 100 Ahli Parlimen, jadi beliau terpaksa untuk meletakkan jawatan.

“Itu langkah pertama. Dan beliau juga boleh usulkan kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perkara 43 (4) untuk membubarkan Parlimen.

“Namun begitu, kalau diikut dalam perkara 40 (2), Yang di-Pertuan Agong boleh menyatakan sama ada tidak setuju dengan pembubaran Parlimen kerana faktor yang kita tahu sekarang, faktor COVID-19.

Mesyuarat Bersatu | MPT Bersatu selesai mesyuarat
“Jadi dalam konteks ini, mungkin apa yang akan berlaku ialah, pertamanya apabila Perdana Menteri terpaksa letak jawatan, ia termasuklah Kabinet keseluruhan.

“Kenapa keadaan itu berlaku? Ini kerana kerajaan yang terbentuk sudah hilang majoriti,” katanya.

Tambahnya lagi, situasi sama juga pernah berlaku sebelum ini, namun dalam konteks yang berbeza.

“Kalau dulu ada juga kerajaan yang Perdana Menterinya bertukar, pernah berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi ambil alih daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mana kerajaan masih kerajaan sama, kerana majoriti cukup.

“Jadi, pertukaran Perdana Menteri saja. Tetapi, dalam konteks ini, kerana tidak cukup majoriti, terpaksa Kabinet juga berundur daripada terus memerintah negara.

BACA: Perkasa demokrasi: ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’
“Dalam konteks itu, proses seterusnya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tentukan siapa dapat majoriti, siapa boleh membentuk kerajaan.

“Ini persoalan yang menarik untuk kita buat spekulasi dan untuk jangkakan siapa yang ada jumlah majoriti yang sesuai untuk pembentukan kerajaan,” katanya ketika bersiaran langsung di Buletin AWANI pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan kemungkinan besar Yang di-Pertuan Agong akan melantik Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri interim.

[INFOGRAFIK] 7 tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin
“Itu bergantung, kalau beliau mahu menjadi Perdana Menteri interim. Tahun lepas, Dr Mahathir sanggup.

“Kalau tidak, Yang di-Pertuan Agong akan lantik orang lain untuk sementara. Rasanya, tempoh tak lama, dalam seminggu atau dua minggu seperti itu,” ujarnya.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan Muhyiddin berkata terdapat beberapa pihak yang cuba menangguk di air keruh dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik.

Katanya, pihak berkenaan juga tidak senang hati apabila beliau tegas tidak melayan beberapa tuntutan mereka, termasuk mencampuri urusan mahkamah.
Katanya lagi, beliau juga telah dituduh menderhaka kepada Institusi Diraja, sedangkan, katanya, apa yang dilakukan adalah berlandaskan undang-undang.

BACA: Pak Wan anggap berita Perdana Menteri letak jawatan sebagai karut, spekulatif

“Saya tahu mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya

SUMBER:Astro Awani

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK DUNIA SOSIAL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG DUNIA SOSIAL KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!