Jodoh janda anak satu berkahwin dengan seorang warga emas..

JAKARTA – Seorang wanita dari wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan seorang warga emas berusia 79 tahun, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Megawati, 36, yang merupakan seorang janda anak satu berkahwin atas dasar suka sama suka selepas dilamar oleh warga emas tersebut, Yakub.

Menurut penduduk setempat, pertemuan antara kedua-dua mereka berlaku ketika Yakub pergi ke sebuah dusun di kampung Megawati untuk membeli kambing.

Yakub yang lebih mesra disapa Papi itu kemudiannya menyatakan hasratnya untuk melamar Megawati, dan dipersetujui oleh wanita kacukan China dan Arab itu.

Dengan memberikan mas kahwin berjumlah tiga juta rupiah (RM871), kedua-dua mereka telah sah bergelar suami isteri.

Yakub merupakan seorang duda dan tidak memiliki anak.

Dia turut tersenarai sebagai penduduk kurang berkemampuan dan merupakan penerima bantuan wang tunai yang diberikan pemerintah Indonesia kepada penduduk miskin.

SUMBER:Kosmo

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!