Di Sebalik Tawa Dan Menghiburkan Netizen, Ini Kisah Perit Yang Terpaksa Ditempuh Baha BHP

Sekiranya anda masih ingat, sekitar beberapa tahun lalu tular klip mengenai seorang lelaki berpakaian sebagai pekerja stesen minyak BHP yang membuatkan orang ramai terhibur dengan kata-katanya yang merangkumi pelbagai topik secara rawak. Klip video tersebut nyata disukai netizen dan kerap dikongsikan di media sosial sehingga kini.

Di sebalik gelak tawa para netizen, siapa sangka beliau yang dikenali sebagai Baha BHP telah melalui suatu detik sukar dalam hidupnya membuatkan beliau terpaksa pekerja keras dalam menyara keluarganya. Kisah ini dikongsikan oleh adiknya sendiri menerusi TikTok @sayatiarachannnel.

Kisah Baha BHP

Menurut adiknya yang dikenali sebagai Tiara, Baha merupakan abang sulung dalam adik beradik mereka. Beliau merupakan seorang yang rajin dan berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkatan enam.

Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah, keluarga mereka ditimpa musibah apabila rumah yang didiami mereka dilelong membuatkan Baha selaku abang sulung terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Dikongsikan bahawa Baha pernah bekerja sebagai pencuci pinggan dan dibayar RM10 sehari di mana wang tersebut digunakan untuk dikongsikan bersama keluarga.

Turut dikongsikan Tiara apabila mendapati pada suatu hari beliau melihat Baha membakar kesemua sijil yang diperoleh beliau kerana berpendapat beliau tidak lagi mempunyai harapan untuk melanjutkan pelajaran.

Mengalami masalah mental

Sentiasa murah dengan senyuman, agak mengejutkan ramai apabila Tiara memaklumkan Baha dulunya merupakan seorang yang normal sehinggalah ditimpa dengan pelbagai masalah menjadikan beliau berbeza seperti yang dilihat sekarang ini.

Dalam pada itu, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai abang sulung dalam menyara keluarga. Keluarga mereka turut diuji apabila ibu beliau mengalami masalah mental sewaktu melahirkan adik mereka di mana mereka terpaksa menjaga ibu mereka seawal di bangku sekolah lagi. Dalam pada itu, mereka masih cekal dan tabah dengan ujian yang diterima.

Sehingga kini, Tiara memaklumkan hasil bantuan kerja keras abangnya, beliau berjaya menjadi seorang jurutera.

Mendapat pujian netizen,

Di sebalik kisah yang dikongsikan Tiara, para netizen rata-ratanya meluahkan rasa bangga terhadap pengorbanan yang dilalui Baha. Tidak kurang juga mereka yang pernah menggelakkan dan mengejek video Baha sebelum didedahkan kisah yang dilalui Baha.

Didoakan dan diharapkan semoga keluarga Baha dipermudahkan dalam menjalani kehidupan seharian dalam mengharungi segala ujian. Telatah dan kata-kata beliau yang bersahaja dan menghiburkan pastinya diingati netizen dan juga peminat beliau.

Orang ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai kisah mengenai Baha boleh mengikutinya menerusi TikTok adik beliau dengan mengunjungi profil TikTok @sayatiarachannnel .

Sumber : TikTok @sayatiarachannnel | TheVocket

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!