Hanya 4 bulan bergelar suami, lelaki iringi pengebumian isteri pakai baju nikah

Berat mata memandang, ber4t lagi bahu yang m3mikul. Perkara tersebut dirasai sendiri oleh seorang lelaki dikenali sebagai Hassanudeen Undingz Killerz apabila memuat naik khabar duka isterinya yang baru sahaja 4 bulan dinikahinya meninggal dunia.

Isterinya telah Meninggal dunia selepas 4 bulan bernikah.
Ketika isterinya berada dalam keadaan kritikal di hospital, lelaki tersebut ada meminta kenalan dan warganet supaya sama-sama berdoa untuk kesihatan isterinya yang ketika itu perlu ditidurkan.

Su4mi memakai baju nikah semasa uruskan jenazah isteri.
Namun begitu, tiada siapa dapat melawan kuasa Tuhan apabila insan yang amat disayanginya tetap pergi menemui Pencipta.

Apa yang membuatkan warganet lebih sedih adalah tindakan lelaki tersebut yang memakai pakaian sewaktu mereka bernikah ketika menguruskan jenazah isterinya.

“Selalu merinduimu & mencintaimu”
Dapat dilihat dia duduk di tepi pusara isterinya lengkap berpakaian putih sambil termenung menahan sedih kehilangan insan tersayang.

Dalam perkongsiannya di Facebook lagi, Hassanudeen sempat meluahkan rasa cintanya kepada Allahyarham isteri dan berdoa agar bidadarinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang perasan dengan perkongsian tersebut menzahirkan ucapan takziah kepada Hassanudeen dan berharap dia kuat menerima takdir dari Allah S.W.T.

Mereka juga berdoa agar Allahyarham isterinya, Fatimah binti Ismil ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Facebook Hassanudeen Undingz Killer | TheVocket

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!