#TIKTOK Pemuda terus keluar kereta, naik angin lihat ‘jantan’ tindas teman wanita tepi jalan

Siapa yang tidak geram melihat ada insan yang teraniya di depan mata lebih-lebih lagi seorang wanita. Jika kita merupakan individu normal, rasanya tidak tergamak mengasari seorang wanita apatah lagi mempermalukan mereka di depan umum.

Boleh jadi wanita itu melakukan kesalahan, namun kekerasan atau mengaibkan mereka bukan solusi untuk menyelesaikan masalah.

Lihat wanita tertindas

Oleh itu, menerusi satu perkongsian yang tular di akaun TikTok milik Nazri nazarudin, dia telah memuat naik video yang dirakam rakannya secara kebetulan ketika dia keluar dari kereta dan menegur tindakan seorang lelaki yang mengasari teman wanitanya.

Hanya cuma bantu leraikan
Nazri mengakui tidak mengenali mereka namun berasa terpanggil untuk menegur tindakan kurang ajar lelaki tersebut apabila melihat wanita tersebut seperti tertindas.

Dia memaklumkan bahawa teman wanita lelaki tersebut menangis sambil menjerit-jerit ditepi jalan.

Bagi menjelaskan keadaan sebenar, Nazri sama sekali menjelaskan ini semua bukan rekaan dan dia langsung tidak berfikir ingin menjadi hero. Cuma rasa terpanggil mendamaikan keadaan kerana sedar mempunyai ibu dan adik-beradik perempuan.

Terima kasih kerana bantu bang
Tindakan pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata menyebelahinya.

Ada warganet yang berkongsi kisah pernah menjadi mangsa lelaki sebegitu dan ada juga yang meminta untuk mendengar penerangan dari kedua-dua belah pihak sebelum menyalahkan satu pihak sahaja.

Pernah lihat wanita kena tinggal bawa baby

Sampaikan ada yang kena tarik rambut dan diseret hingga baju koyak

Ada yang berkongsi pernah kena tinggal tepi jalan

Ada juga yang sampai kena lempang depan orang ramai

Kena dengar dari kedua-dua pihak

Sumber: TikTok @jaynaz88 | OhMyMedia

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!