(Video) Tak Jadi Nak Tidur, Sosok Berambut Panjang ‘Ganggu’ Abang Lori Nak Rehat Bikin Meremang

Bagi yang bekerja sebagai pemandu l0ri, pasti banyak pengalaman seram yang dilalui sepanjang menjalankan tugas terutama ketika memandu di waktu malam.

Kebiasaannya, mereka akan berhenti rehat atau tidur sebentar di t3pi-tepi jalan atau kawasan rehat yang disediakan di sepanjang lebuhraya.

Ketika itu, kalau tidak bernasib baik, mungkin akan ada ‘makhluk’ lain yang datang menganggu. Kalau ada kelindan yang menemani kuranglah sikit rasa takut, tapi kalau sorang-sorang memang kena kuatkan dirilah.

Kead4an itu nampaknya dialami 0leh seorang pemandu lori yang tak dapat tidur kerana ‘dilawati’ oleh satu sosok yang berambut panjang.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di TikTok, @abeayie30 menging4tkan pemandu lori yang lain untuk menutup cermin dan langsir jika ingin berehat dan tidur di dalam lori.

Dalam samar-samar, hanya rambut panjang mengurai yang dapat dilihat disebalik cermin itu.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut seram melihat video itu dan ada juga yang berseloroh dengan meminta untuk ‘mengenakan’ makhluk tersebut.

Kelakar betul netizen tiktok ini, ada yang menganggap serius dan ada yang main-main

Sumber : TikTok @abeayie30 | SiakapKeli

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!