Ibu Jadi ‘Hero’ Bertarung Dengan Singa, Demi Selamatkan Anak Dari Dibah4m

Seekor singa gunung yang menyer4ng seorang budak lelaki berusia 5 tahun di selatan California telah ditembak dan d1bunuh oleh seorang pegawai hidupan liar, kata pihak berkuasa.

Singa gunung yang seberat 65 kilogram itu dilaporkan telah menyerang budak lelaki itu ketika dia sedang bermain berdekatan rumahnya pada pada Khamis di Calabasas dan “menyeretnya sekitar 45 ela” ke seberang halaman depan rumahnya, kata Kapten Patric Foy, jurucakap jabatan ikan dan hidupan liar California.

Kanak-kanak itu mengalami kecederaan yang ketara di kepala dan bahagian atas tubuhnya namun berada dalam keadaan stabil di hospital Los Angeles, kata Foy.

“Wira sebenar dalam cerita ini adalah ibunya kerana dia bersungguh-sungguh menyelamatkan nyawa anaknya itu,” kata Foy. Wanita tersebut sedang berada di dalam rumah ketika dia terdengar kekecohan yang berlaku di luar rumahnya.

“Dia berlari keluar dari rumah dan mula m3mukul singa gunung itu dengan tangan kosong sehingga dia melepaskan anaknya dari cengkam4n singa itu,” katanya.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut segera membawa anak mereka itu ke hospital, dan memaklumkan mengenai serang4n itu kepada pihak penguatkuasa.

Ekoran daripada itu, pihak penguatkuasa terus menghantar seorang pegawai hidupan liar ke tempat kejadian.

Sesampainya di rumah, penguatkuasa itu menemui seekor singa gunung di kawasan semak yang cuba untuk menyerang penguatkuasa itu.

Ekoran daripada itu, penguatkuasa terpaksa menembak mati singa berkenaan kerana khuatir bahawa ianya akan menyerang penduduk yang lain.

Ujian DNA yang dilakukan mengesahkan bahawa singa tersebut adalah pelaku yang bertanggungjawab menyerang kanak-kana itu, kata kenyataan tersebut.

Sumber: The Guardian | SiakapKeli

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!