Pengalaman Ser4m Satu Keluarga Nampak Kelibat Polis Buat ‘Roadblock’ Tapi Bila Sampai..

Siapa ada pengalaman ser4m diganggu makhluk ghaib ketika sedang memandu kenderaan di jalan raya? Situasinya pasti bertambah cemas apabila ia berlaku pada waktu malam yang sunyi.

Seperti pengal4man seram yang dikongsikan oleh Naziera Afandi apabila dia dan keluarganya mendakwa diganggu ketika mereka dalam perjalanan dari Kampar ke Kuala Lumpur.

Ketika itu, mereka yang berhenti di sekatan jalan raya mendapati hanya kenderaan mereka sahaja berada di lebuh raya tersebut sedangkan sebelumnya dari jauh keadaan ‘meriah’ dengan kehadiran polis dan beberapa kenderaan lain.

Ikuti kisah seram ini yang dikongsikan dalam Kelab Cerita Hantu Malaysia seperti di bawah.

Roadblock polis
Kejadian hampir belasan tahun dulu namun masih segar dalam ingatan kami sekeluarga. Kami dalam perjalanan dari Kampar ke Kuala Lumpur untuk menghantar abang saudara pulang ke rumahnya.

4ku ingat lagi, dalam kereta ada berlim4 termasuk aku yang berumur 5 ke 6 tahun. Jam masih awal, sekitar 10 malam. Jalan agak sunyi, kiri kanan pokok sawit. Kami ambil jalan lama sebelum masuk tol di Tapah.

Dalam keadaan agak sunyi dan gelap tu, tiba-tiba kami nampak ker3ta banyak di depan, lampu mer4h menyakitkan mat4. “Eh, ada orang accident ke?” kata kami sesama sendiri.

Abang aku yang drive. Makin slow dia bawa. Dah makin hamp1r dengan kereta yang banyak-banyak tu. Namun di belakang kereta kami masih kosong, gelap dan sunyi.

Setelah semakin hampir, abang dan kakakku yang duduk di hadapan bersuara, “Oh sekatan polislah,”. Kami rasa lega juga. Risaulah kot ada apa-apa kat depan tu.

Dari mata aku memang jelas kelihatan kereta yang jam, lampu biru polis, kon merah, board sekatan polis dan abang-abang polis pun aku nampak. Masih boleh terbayanglah sampai sekarang. Tapi keadaan sekeliling memang gelap, takda bangunan apa pun.

Bila tiba giliran kami di sekatan tersebut, Allahu, apa pun tak ada sebenarnya. Seolah-olah telah dipulau dan kembali sedar. Hanya kami satu-satunya kereta berhenti di situ.

Polis ke kereta banyak-banyak ke apa pun takda. Allahuakbar, mengucap panjang kami. Aku terpinga-pinga rasa macam mimpi. Mak dan keluarga aku berpandangan sesama sendiri. Aku yang masih kecil, diam sahaja. tak tahu apa-apa.
Abang segera membaca surah-surah yang terlintas dan berzikirn sambil meneruskan perjalanan. Sehinggalah kami sampai ke Tol Tapah. Alhamdulillah selamat sampai ke KL tanpa ada apa-apa gangguan lagi.

Pernah berlaku lagi sekali
Aku berpeluang mengalami kejadian seperti ini dua kali. Sekali ni masa aku kecil dan kali kedua masa sudah berkahwin.

Aku, suami, mak dan adik bercuti ke Cameron Highlands. Masa pergi kami ikut jalan Tapah. Tapi masa turun kami ikut jalan Simpang Pulai. Jalan Simpang Pulai orang kata memang luas dan selesa. Tapi lebih kerap berlaku kemalangan berbanding jalan Tapah yang sempit.

Sama seperti cerita di atas, masa tu waktu sesudah Maghrib. First time aku ikut jalan Simpang Pulai, sebab kami bercadang nak ke rumah abang di Ipoh.

Jalan memang cantik, tapi gelap dan pandang tepi memang gaung dalam. Seram sangat oi. Dah 20 minit perjalanan turun, memang takda kereta lain. Hanya kereta kami sahaja.

Tiba-tiba, kami ternampak macam ada kereta terbakar di tepi jalan. Macam teksi. Dalam longkang kat tepi jalan. Tapi takda siapa-siapa di sekitar. Api pun macam dah nak terpadam, cuma nampak samar-samar. Mak pesan, jangan tegur. Buat tak tahu je.

Dalam hati aku, mungkin orang accident. Tapi dah bawa ke hospital kot. Aku pandang suami, aku tahu muka dia nampak lain. Aku diam je. Dalam 10 minit lepas tu, Allahu..kami nampak lagi kereta yang sama, kali ni dah terbakar sepenuhnya dan tiada lagi api.

Cuma lampu kereta kami yang menyuluh. Aku dah mula duduk tak diam. Berpeluh-peluh oi. Apa benda ni. Tapi tak ada siapa pun bersuara. Suami tiba-tiba buka cerita tentang makan-makan di Cameron tadi. Ubah topik untuk hilangkan rasa takut.

Hati aku dah baca macam-macam. Nak pandang depan pun aku takut. Dah la kereta kami je ada sepanjang jalan. Tiba-tiba, nampak lampu kereta merah banyak-banyak di hadapan. Aku rasa lega, ada orang lain kat jalan tu. Suami pun sama.

Suami aku speed sikit sebab nak berada sama-sama dengan kereta-kereta tu. Tapi makin dia speed, makin lampu-lampu tu hilang. Bila tiba di tempat kereta banyak-banyak tu, fuhh apa pun tak ada guys.

Takkan sekelip mata semua kereta tu dah hilang ke depan. Lagilah tambah kami ketakutan. Aku cakap dengan suami, apa pun jadi jangan berhenti. Terus je bawa kereta. Adik dan mak kat belakang dah takut.

Kami teruskan perjalanan, sambil mulut tak henti-henti zikir dan istighfar. Alhamdulilah, tak lama lepas tu, dah nampak kedai-kedai makan di tepi jalan, dan akhirnya sampai ke jalan utama.

Allahuakbar, pengalaman kali kedua buat aku dan mak. Takkan aku lupakan sampai bila-bila. Nak nangis, turun je kereta, aku peluk mak. Rasa nak menitis air mata sebab takut.

Sumber: Naziera Afandi melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia | SiakapKeli

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!